Refleksi
Kumpulan (Tahap Permulaan)
Kumpulan
Budiman
Kami, Kumpulan Budiman terdiri
daripada lima orang pelajar Mikrobiologi dan tiga orang pelajar Forensik.
Walaupun kami berasal daripada fakulti yang sama, iaitu Fakulti Sains dan
Teknologi (FST), namun kami tidak berpeluang untuk bertemu. Hal ini sedemikian
kerana pelajar Mikrobiologi berkuliah di bangunan lama FST manakala pelajar
Forensik berkuliah di bangunan baharu FST. Kami amat gem bira sebab mempunyai
peluang untuk saling berkenalan dan bekerjasama dalam menjayakan tugasan kursus
LMCW 2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Tajuk projek TITAS kumpulan kami
ialah “Pasu Aneka Corak”. Kami mendapat inspirasi daripada Tamadun China. Pada awal abad ke-14, pengeluaran
hasil porselin biru putih yang halus dan lutcahaya secara besar-besaran bermula
di Jingdezhen yang diberi timangan
"pusat porselin China". Perkembangan ini disebabkan oleh gabungan
perdagangan Islam dan teknik China. Kobalt biru dianggap sebagai komoditi
yang berharga, dengan nilai yang sekitar dua kali nilai emas. Motifnya
juga berilhamkan perhiasan Islam. Sebahagian besar tembikar biru putih ini
kemudian dihantar ke pasaran Asia Barat Daya melalui peniaga-peniaga Muslim yang bertapak diGuangzhou.
Porselin biru dan
putih Cina sekali dibakar:
setelah tubuh porselin dikeringkan, dihiasi dengan pigmen biru kobalt halus
dicampur dengan air dan disapu dengan berus, dilapisi dengan sepuh yang jernih
dan dibakar pada suhu yang tinggi. Mulai abad ke-16, sumber-sumber tempatan
biru kobalt mulai dikembangkan, walaupun kobalt Parsi tetap yang paling mahal.
Pengeluaran tembikar biru putih masih diteruskan Jingdezhen hingga kini. Porselin biru
putih buatan Jingdezhen dipercayai mencapai kemuncak keunggulan teknikal
sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi pada Dinasti Qing (1661-1722).
Kekuatan
(Strength) kumpulan kami ialah ahli
kumpulan kami terdiri daripada pakar pelbagai bidang. Contohnya, pakar dalam
alam siber, reka bentuk, penulisan dan lukisan. Kami tidak mengalami masalah
dalam mengagihkan tugas sebab semua tugas dibahagikan mengikut kemahiran
masing-masing. Dalam masa kurang daripada satu hari, kami telah mengagihkan
tugas dengan sempurna seperti pengurusan blog,
penghasilan produk dan penghasilan buku skrap. Kami juga berjaya mendapatkan
bantuan kawan-kawan kami yang berpengalaman untuk menolong memberikan komen dan
kritikan terhadap tugasan kami. Kami amat bersyukur kerana dapat merentasi
rintangan pertama dengan mudah san lancer.
Sebenarnya, ketika tugasan penentuan
tajuk projek diumumkan oleh pensyarah melalui laman web iFolio, kami, pelajar
Mikrobiologi sedang menjalankan kerja lapangan di Hutan Simpan Endau Rompin,
Johor. Kerja lapangan tersebut dijalankan dari 1 Oktober 2015 hingga 4 Oktober
2015. Tugasan tersebut diumumkan pada 1 Oktober 2015, jadi kamu belima tidak
perasan tentang kewujudan tugasan tersebut. Selepas kembali dari Johor, kami
mempunyai kuliah dari 8 pagi hingga 10 malam berterusan pada 5 Oktober 2015.
Kami mengalami kesukaran untuk mengejarkan proposal sebab kami cuma mampu meluangkan waktu lewat malam dan hanya
sebahagian ahli kumpulan sahaja yang trlibat. Bagi kumpulan kami, kesuntukan
masa dan tenaga kerja dalam melaksanakan tugasan merupakan kelemahan (Weakness) yang terbesar bagi kumpulan
kami. Keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan perkembangan projek kami. Pada
realitinya, kami memang mengalami masalah dalam mengumpulkan semua ahli kumpulan.
Kami gagal mengumpulkan semua ahli kumpulan dalam setiap perjumpaan. Namun
begitu, kami masih bersyukur sebab kami masih boleh berkomunikasi dan saling
bertanya tentang perkembangan bahagian masing-masing melalui Whatsapp, Blogger dan emel.
Walaupun produk kami kelihatan
senang dan tidak seberapa menarik, namun produk kami dapat membantu dalam
beberapa aspek. Mula-mula, kami dapat menyedarkan masyarakat tentang kepekaan
dunia terhadap bidang kesenian. Malaysia merupakan sebuah negara yang peka terhadap
bidang kebudayaan. Pelbagai seni muzik dan tarian dipersembahkan dalam variasi
majlis dan sambutan hari kebesaran. Namun begitu, janganlah kita terlupa pula
tentang vitaliti bidang kesenian pula. Cuba kita renung sejenak, adakah perabot
rumah kita yang tiada ukiran sebagai hiasan? Agak mustahil untuk situasi
sebegini berlaku. Hal ini sedemikian kerana bidang kesenian memang memainkan
perana yang penting dalam kehidupan kita seharian. Situasi kini cumalah
kepentingan bidang kesenian tidak mudah disedari oleh masyarakat. Dengan
melalui perbentangan dan persembahan produk kami, kami dapat menyedarkan
masyarakat pelajar di dalam set kami bahawa bidang kesenian juga boleh
dijadikan satu daripada pilihan dan fokus kami dalam apa-apa tugasan kelak.
Dengan itu, lebih banyak kepakaran dan bakat yang tidak ternilai dalam
dicungkil dan pada masa yang sama dapat menyedarkan mereka yang berminat dalam
bidang kesenian untuk melibatkan bidang kesenian dan praktikan unsur-unsur dan
elemen kesenian dalam tugasan mereka pada hari muka. Maka dengan itu, peluang (Opportunity) dibuka luas untuk bidang
kesenian agar muncul dalam pelbagai bidang lain menerusi pengabungan keunikan
dan unsur-unsur yang bersesuaian.
Ancaman (Threats) yang boleh diperlihatkan sekarang mungkin tertakhluk
kepada persaingan yang wujud antara kumpulan. Menurut perhatian kami,
kumpulan-kumpulan lain menghasilkan produk yang amat manarik dan istimewa. Satu
contoh yang boleh dikemukanan ialah teleskop yang terhasil dengan cuma
menggunakan bahan kitar semula. Kami berasa hairan dan berminat ingin
menyaksikan keistimewaan produk tersebut dengan mata kami sendiri. Memang tidak
dapat disangkal lagi produk tersebut mampu menarik minat khalayak ramai
walaupun hanya dengan menyebut nama produk sahaja. Pada masa yang sama, kami
juga berasa bimbang kerana selepas dibandingkan, produk kami lemah dari segi
kreativiti dan inovasi. Produk kami tidak mampu menarik perhatian ramai
sebagaimana yang dicapai oleh kumpulan tersebut. Namun begitu, kami percaya
setiap produk mempunyai nilai yang tersendiri. Nilai sesuatu produk tidak
terhad kepada aspek luaran tetapi juga merangkumi aspek dalaman. Kami yakin,
setiap idea pasti akan dihayati jika orang yang betul-betul menghayatinya
muncul.
Manifestasinya, kami amat jelas
tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang sedia ada pada awal
proses perlaksanaan projek. Walau bagaimanapun, kami tetap teruskan dengan idea
kami. Kami percaya setiap idea mempunyai nilainya yang tersendiri dan pada masa
yang sama memikul risiko disingkirkan. Namun begitu, adanya risiko, adanya
peluang; yakin mencakupi peluang, mencapai kejayaan. Kami tetap berusaha
menjayakan produk kami sehingga ke peringkat yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment