Thursday, 3 December 2015

Refleksi Individu (Jeremy Wong Hau Seung A150521)

Refleksi Individu
Oleh: Jeremy Wong Hau Seung A150521

            Kursus LMCW 2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus wajib yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Kursus ini mendedahkan pelbagai infomasi bernilai kepada pelajar berkenaan dengan sejarah tiga tamadun terpilih, iaitu Tamdun Islam, Tamadun China dan Tamadun India. Kursus TITAS memberikan saya peluang untuk memahami tiga kaum terbesar di Malaysia secara mendalam. Lebih-lebih lagi, saya dapat membezakan perbezaan perspektif dari segi kebudayaan dan keunikan dari segi kesenian bagi ketiga-tiga ras tersebut.
            Tugasan pertama yang diberikan oleh pensyarah ialah pengambilan gambar sesuatu situasi yang dapat dikaitkan dengan ketamadunan. Saya tersilap mentafsir kehendak tugasan tersebut dan tugasan tersebut perlu diulang sekali lagi. Dalam percubaan kedua, saya berjaya menangkap gambar kawan-kawan saya yang sedang menjalankan pembelajaran secara berkumpulan di perpustakaan Kolej Keris Mas(KKM). Situasi ini memberikan saya inspirasi untuk berfikir tentang situasi pelajar terdahulu. Apakah yang mereka gunakan untuk belajar? Bagaimanakah kelas dijalankan pada masa itu? Apakah sumber yang mereka gunakan untuk belajar pada masa itu? Persoalan sebegini membawa saya untuk mengkaji sejarah pelajar dahulu dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Sumber-sumber yang saya rujuk adalah lain daripada apa-apa yang disampaikan menerusi kuliah TITAS dan ilmu pengetahuan yang tertera dalam buku teks TITAS. Tugasan tersebut memang memanfaatkan saya walaupun proses mennagkap sekping gambar yang bersesuaian agak sukar dan memakan daya pemikiran.
            Pada permulaan kursus TITAS, saya berasa agak tertekan sebab tugasan yang diberikan agak sukar dilengkapkan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana memang sukar untuk mengumpulkan kesemua ahli kumpulan dalam satu masa. Hal ini rentetan ahli-ahli kumpulan terdiri daripada dua program yang berlainan, iaitu Mikrobiologi dan Forensik. Saya juga mengalami kesukaran dalam menentukan tajuk projek kumpulan pada awal proses perlaksanaan. Secara jujurnya, memang sukar hendak memikirkan suatu produk yang terhasil daripada bahan kitar semula, yang berkaitan dengan sesuatu tamadun dan pada masa yang sama memberikan sumbangan. Akibat kesuntukan masa, ahli kumpulan yang lain gagal memberikan idea yang bernas. Justeru, pasu aneka corak yang tercetus daripada inspirasi Tamadun China diguna pakai.
            Pada pendapat saya, kekuatan (Strength) saya ada pada kebolehan saya memikirkan jalan penyelesaian dan mengemukakan idea dalam masa yang suntuk. Saya bersikapserius dalam melaksanakan mana-mana tugasan yang diamanahkan dan tidak akan bertenang selagi tugas tersebut tidak disiapkan dengan sempurna. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk mengemaskini semua perkembangan ahli kumpulan lain supaya hati saya tenang. Saya akan berasa cemas jika terdapat bahagian yang belum lengkap, jadi saya akan mengesa perkembangan tersebut.
Pada asalnya, saya ingatkan idea ini memenuhi kehendak tugasan, iaitu merupakan produk kitar semula dan adalah rentetan inspirasi sesuatu tamadun. Namun begitu, saya gagal menjawab pertanyaan pensyarah tentang sumbangan produk tersebut. Walaupun saya yang menyumbangkan idea tersebut, sayalah yang sepatutnya paling jelas dengan butiran produk. Namun begitu, saya masih teragak-agak. Adakah sumbangan yang boleh dikemukakan? Walau bagaimanapun, proposal kumpulan saya masih diterima oleh pensyarah.
Setelah beberapa minggu, saya terfikir jawapan bagi soalan tersebut. Rupa-rupanya saya terlalu fokus kepada permukaann dan telah mengabaikan aspek dalaman dan aspek sampingan. Saya teringatkan nasihat pensyarah sewaktu kuliah bahawa jangan sempadankan ilmu. Lagi beliau belajar, lagi sedikit beliau berasa sedikit ilmu yang dimiliki. Saya memang terasa sangat pada ketika itu. Hal ini sedemikian kerana ini merupakan kali pertama saya berhadapan dengan tugasan sebegini dan pada masa yang sama berdepan dengan pertanyaan yang sebegitu kritikal. Saya masih kurang matang dalam mengemukakan jawapan yang bernas dan munasabah.
Pada asalnya, saya berasa yakin dengan idea saya. Tetapi realitinya ialah saya masih mengabaikan sesuatu. Sikap saya yang terlalu yakin itulah yang dimaksudkan oleh pensyarah saya. Beliau pernah mengatakan bahawa sesiapa yang berasa dia sudah pandai, sebenarnya dia tidak pandai. Hal ini sedemikian kerana ilmu adalah tidak berhad. Kita mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari, setiap masa. Ini merupakan pembelajaran sayan yang pertama melalui pensyarah.
Dalam pada itu, pensyarah juga pernah menegur tentang kelemahan kerjasama kumpulan saya. Saya mengakui kenyataan tersebut. Memang sukar untuk kami bekomunikasi sebab jadual waktu yang berbeza dan kepakaran kami pun berlainan. Pada asalnya, kami memang tidak mampu mencari jalan untuk menyiapkan tugasan sebagai satu kumpulan. Namun begitu, kami berjaya mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Kesungguhan kami mencari jalan penyelesaian juga rentetan teguran pensyarah bahawa beliau tidak dapat merasakan semangat kumpulan kami sebagai satu pasukan. Hal ini demikian kerana saya mengemukakan pendapat sepanjang masa apabila berinteraksi dengan pensyarah sebab saya yang menyumbangkan idea tersebut. Ahli-ahli kumpulan saya yang lain tidak bertanya tentang tugasan tersebut, jadi saya juga tidak menceritakan secara teliti kepada mereka. Cara sebegini memang gagal. Makna melaksanakan tugas sebagai satu kumpulan adalah untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang singkat dengan sumbangan semua ahli. Saya sepatutnya melibatkan semua ahli walau apa jua pun yang menjadi rintangan. Selepas menerima teguran pensyarah, saya berubah sikap dan cuba sedaya upaya saya untuk berbincang dengan ahli kumpulan terlebih dahulu sebelum mengumumkan apa-apa tindakan. Walaupun tidak semua orang mampu dicapai, namun sebahagian lebih bermankan daripada tiada langsung. Saya bersyukur sebab mampu berhadapan dengan kelemahan (Weakness) diri saya sebegini setelah disedarkan oleh pensyarah.
Saya amat mengagumi pensyarah saya Puan Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran sebab banyak memberikan nasihat dalam mendorong kami menjayakan tugasan kamu. Beliau sedar bahawa beliau kesuntukkan masa untuk bertemu dengan semua kumpulan dan proses tersebut amat memakan masa. Justeru, beliau menggunakan media soaial, iaitu Blog untuk mengikuti perkembangan tugasan kami. Kaedah tersebut memang memudahkan kedua-dua pihak sebab pelajar tidak perlu mencari pensyarah berkali-kali dan membuat temu janji yang melecehkan manakala pensyarah juga tidak perlu berdepan dengan begitu banyak pelajar dan mengulangi perkara yang sama berulang-ulang. Penghasilan laporan secara buku skrap pun amat kreatif sebab memang menurut motto beliau melangkaui sempadan. Biasanya laporan akhir memang mempunyai format yang tetap. Sebagai seorang pelajar, saya berasa jemu menyiapkan laporan yang tidak berubah-ubah untuk sekian lama. Namun begitu, laporan secara buku skrap memang sesuatu yang menarik. Pelajar diberi kebebesan yang secukupnya untuk mereka bentuk laporan dengan merangkumi semua aspek penting yang diberi penekanan.
Pensyarah kami membuka peluang (Opportunity) untuk pelajar berfikir dan mendalami sesuatu topik. Sewaktu perbantangan bab, kumpulan kami mendapat topik Ekonomi Islam. Beliau mengemukakan pertanyan yang berbunyi” Bolehkah zakat dibayar tidak menerusi institusi zakat?”. Soalah beliau memang melebihi tekaan saya. Sebenarnya, saya telah menyediakan jawapan dan cuba meneka soalah yang akan ditujukan, seperti contoh penglibatan Malaysia dalam usaha memartabatkan ekonomi Islam. Saya berjaya menjumpai jawapan yang menunjukkan Malaysia telah menyertai Seminar 10 Tahun Pelan Induk Industri Perkhidmatan Kewangan Islam pada 22 Jun 2005 hingga 23 Jun 2005. Malaysia telah dicadangkan untuk menjadi pusat utama dalam mengendalikan pelbagai seminar yang berkaitan dengan pembankan Islam. Saya juga menjangka beliau akan meajukan soalan seperti sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam ekonomi Islam. Namun begitu, soalan berkaitan zakat memang tidak pernah saya jangka. Secara terus terang, kumpulan kami gagal menjawab soalan tersebut.
Peluang yang dibuka oleh Puan Fatin ialah penerapan daya pemikiran yang sensitif dan kritis. Saya sebagai seorang warganegara bukan Islam memang tidak pernah terfikir tentang persoalan sebegini. Hal ini sebenarnya seumpama dengan persoalan yang mengatakan bahawa adakah sumbangan (offering) boleh dibuat tanpa melalui gereja. Saya mengaitkan dua situasi tersebut sebab saya seorang menganut agama Kristian. Pengalaman tersebut berjaya membuka minda saya untuk memikirkan sesuatu yang bersifat falsafah dan logik, namun menjadi begitu mengelirukan apabila dikemukakan. Oleh itu, pensyarah saya sebenarnya sedang memupuk daya pemikiran yang tajam dalam diri saya. Jika saya mampu menguasai kemahiran berfikir sebegini, nescaya saya dapat melangkau sempadan kepakaran saya dan menceburi bidang lain dengan aplikasi ilmu pengetahuan dan bukannya dengan nota hafalan semata-mata. Ilmu yang diperolah menerusi kuliah jika tidak difahami dan ditelusuri secara mendalam, ilmu tersebut akan lenyap dalam ingatan kita sebab sekadar manghafal tanpa pemahaman tidak akan melahirkan seorang yang bijaksana. Yang terhasil cumalah seorang pakar ingatan semata-mata. Samalah seperti contoh ulat buku yang sering disebutkan, rajin belajar tetapi tidak bijak belajar (study hard but don’t study smart).
Ancaman (Threat) yang paling jelas kelihatan merupakan sikap saya yang serius terhadap semua perkara. Saya amat serius dalam melaksanakan sebarang tugasan dan selalu akan menyiapkan tugasan dengan kadar yang cepat. Pada masa itu, ahli kumpulan yang belum menyiapkan bahagian mereka atau masih bersenag-senang akan saya berikan tekanan. Sudah menjadi kebiasaan diri saya kerana saya tidak menyukai sikap yang tidak mementingkan tugasan dan tanggungjawab mereka. Walaupun tidak melihat kepada markah, kita masih patut bertanggungjawab dan komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Lagipun, siapkan tugasan awal-awal dan bukannya pada saat-saat terakhir juga memanfaatkan diri sendiri. Jadi, mengapalah perlu bertangguh? Saya sedar sikap saya ini mendatangkan banyak tekanan kepada ahli kumpulan saya. Walaupun mereka tidak menyuarakannya, tetapi saya dapat merasakannya. Mungkin saya boleh cuba mengelakkan daripada memberikan tekanan dan tukarkan kepada memberikan peringatan. Pada realitinya, cara yang lemah-lembut kebanyakannya lebih berkesan berbanding dengan cara yang tegas.

Sampai ke penghujung kursus TITAS, saya berasa bersyukur kerana semua tugasan telah sampai ke bahagian yang terakhir dan sedang menunggu masa untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment