Refleksi Kumpulan (Tahap Pengakhiran)
Kumpulan Budiman
Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) telah menambah pengetahuan kami tentang Tamadun Islam,
Tamadun Melayu, Tamadun Cina serta Tamdun India. Apa-apa yang kami perolehi
pada hari ini adalah sumbangan daripada nenek-nenek moyang pada zaman yang
lalu. Kami akan sentiasa menghayati jasa mereka dan terus mengembangkan ajaran
mereka pada masa yang akan datang untuk mencipta tamadun yang lebih gemilang
bagi kehidupan seluruh manusia yang lebih baik. TITAS telah membolehkan kami mengingati
sumbangan tokoh-tokoh dulu dan pada masa yang sama mengajar kami agar
mengelakkan atau tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan.
Dalam proses
menjalankan tugasan yang diberi, kami telah mendapati bahawa kerjasama sesama
ahli kumpulan dalam suatu kumpulan merupakan kriteria penting bagi menyempunakan tugasan yang diberi. Apabila
tidak dapat memikirkan cadangan yang baik, ahli kumpulan boleh melakukan brainstorming untuk menjana idea yang
kreatif. Biarpun kreativiti semua ahli kumpulan
tidak tinggi, kami tetap mampu menghasilkan produk kami dengan bantuan
satu sama lain. Kami telah memperbaiki cadangan yang masih mempunyai kekurangan
dan akhirnya berjaya menghasilkan idea yang seperti dalam proposal kami. Selain
itu, pembahagian kerja juga adalah sangat penting supaya kerja dapat disiapkan
secara efisien dan dalam masa yang singkat. Mana-mana ahli tidak akan mampu
menyiapkan tugasan berseorangan dengan berkesan tanpa bantuan ahli yang lain. Pembahagian
kerja juga boleh mengelakkan kerja tertangguh. Walaubagaimanapun, jika terdapat
ahli yang terlupa atau tertangguh kerjanya, kami perlulah sentiasa mengingatkan
sesama kami agar menyiapkan kerja masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan
supaya kerja keseluruhan kumpulan tidaklah terlambat. Apabila ada apa-apa
keraguan, perbincangan sesama ahli kumpulan juga boleh membantu mencari cara penyelesaian.
Secara keseluruhan,
pembentangan kuliah adalah lebih berkesan berbanding dengan mendengar kuliah
daripada pensyarah semata-mata. Hal ini demikian kerana penbentangan telah
menjadikan kuliah tidak terlalu bosan dan pelajar akan lebih sanggup bertanya
terhadap pembentang yang juga terdiri daripada pelajar kerana kadang-kadang
terdapat pelajar yang ragu-ragu untuk bertanya kepada pensyarah dalam kuliah,
justeru pembentangan ini boleh membantu pemahaman pelajar terhadap kandungan
kuliah. Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa pembentangan kuliah juga ada
kelemahannya. Misalnya, pelajar hanya memahami bab yang dikaji kerana mereka
telah membuat kajian secara lebih
mendalam tentang topik pembentangan mereka tetapi kurang memahami bab-bab lain.
Hal ini disebabkan cara pembentangan beberapa kumpulan yang tidak memaparkan
isi kandungan dalam slide mereka dan hanya membentang secara menghafal isi yang
disediakan. Walaupun ini merupakan kehendak pensyarah, kami mungkin tertinggal
pembentangan atau terlepas isi-isi penting yang boleh mempengaruhi kefahaman
secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi, kami tidak mampu fokus sepanjang masa
dalam kuliah tersebut.
Kesimpulannya,
kursus TITAS mampu menambah pengetahuan sejarah dan menerapkan nilai-nilai
murni tentang penghayatan jasa baik pelbagai tamadun di samping memupuk
kerjasama dan kreativiti dalam kalangan mahasiswa.
No comments:
Post a Comment