REFLEKSI
INDIVIDU
OLEH:
WAN NUR FILZAH BINTI WAN RAMLI A149463
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata untuk
refleksi individu bagi kursus LMCW 2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berpeluang untuk mempelajari kursus TITAS di
mana kursus ini adalah wajib diambil oleh semua pelajar universiti di Malaysia
untuk mempelajari dan memahami lebih mendalam tentang sejarah ketamadunan
dunia. Kursus ini banyak memberi manfaat kepada saya secara langsung dan tidak
langsung untuk mempelajari dan menghargai tamadun pada zaman dahulu yang banyak
menyumbang kepada kepentingan pada zaman kini.
Untuk tugasan pembentangan pertama, kami diberi peluang
untuk memilih tajuk pembentangan dan “Ekonomi Islam” telah menjadi tajuk
pembentangan pilihan kami. Hasil daripada persiapan untuk tugasan pembentangan
tersebut, saya dapat mengkaji dan lebih memahami tentang konsep ekonomi Islam
yang digunakan pada zaman dahulu. Perkembangan ekonomi Islam pada zaman itu
banyak memberi impak pada sistem ekonomi pada zaman kini di mana ia memberi
sumbangan yang sangat besar dari segi sistem kewangan dan pemberian zakat yang
masih diamalkan pada zaman kini.
Kursus TITAS ini telah mengajar saya untuk berfikir
secara kreatif di mana ia merupakan kekuatan (Strength) untuk melakukan sesuatu
perkara di mana kami telah ditugaskan untuk membuat satu produk yang
berinspirasikan dari mana-mana tamadun untuk lebih menghayati ketamadun yang
diaplikasikan pada zaman dahulu. Peluang (Opportunity) yang diberi oleh
pensyarah telah kami gunakan dengan sebaik mungkin untuk memilih tamadun mana
yang bersesuaian dengan produk yang kami bakal hasilkan. Saya dan ahli kumpulan saya telah bersetuju
untuk membuat produk iaitu pasu aneka corak yang berinspirasikan tamadun Cina. Seperti
yang kita sedia maklum tamadun Cina sangat terkenal dengan seni tembikarnya
kerana ia merupakan seni hias yang terpenting pada zaman itu. Kecantikan reka
hias tamadun Cina ini telah memberi idea kepada kami untuk membuat sebuah pasu
yang bercorakkan simbol bunga-bunga yang sering digunakan pada zaman tamadun
Cina. Dengan cara ini kami diberi peluang untuk berfikiran kreatif untuk memberi
pandangan dan pendapat untuk membuatkan pasu aneka corak ini kelihatan lebih
cantik dan menarik.
Kelemahan (Weakness) yang kami hadapi dalam persiapan
melakukan tugasan tersebut adalah kesukaran untuk kesemua ahli kumpulan untuk
berkumpul dan berbincang tentang penghasilan produk kami ini. Walaupun kami merupakan
pelajar-pelajar dari fakulti yang sama iaitu Fakulti Sains dan Teknologi, namun ketidaksamaan jadual masing-masing
merumitkan kami untuk berjumpa dan berbincang bersama. Namun demikian, kami
menggunakan alternatif lain untuk berhubung iaitu melalui “Whatsapp group” di
mana kami dapat membincangkan proses kerja kami walaupun tanpa berjumpa. Selain
itu, kami juga menhadapi sedikit kesukaran dalam menghasilkan produk pasu kami
di mana pada percubaan pertama kami gagal untuk membuat pasu tersebut. Namun,
dengan pandangan dan cadangan yang diberi oleh ahli kumpulan yang lain, kami
dapat berfikir secara kreatif untuk membuat pasu tersebut dengan cara lain dan
hasilnya kami berjaya membuat pasu dengan lebih baik dan stabil. Saya amat
berpuas hati dengan ahli kumpulan saya serta kerjasama yang tunjukkan oleh ahli
kumpulan saya.
Seterusnya, ancaman (Threat) ialah pembuatan produk pasu
yang kami hasilkan ini mungkin kelihatan mudah dibuat namun hakikatnya proses
penghasilannya tidak begitu mudah dan ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
Produk pasu aneka corak juga ini susah dibuat kerana barang-barang yang
digunakan untuk membuat pasu ini susah untuk dijumpai dan susah untuk dicari.
Oleh itu, kami banyak menggunakan barangan terpakai kerana barang-barang
tersebut mudah untuk didapati serta tidak menggunakan kos yang tinggi untuk
mendapatkannya. Dengan cara ini, kami
dapat menjimatkan perbelanjaan kami untuk penghasilan pasu tersebut.
Secara keseluruhannya, kursus TITAS ini banyak memberi
manfaat kepada saya dari segi menambah ilmu pengetahuan baru serta banyak
melatih saya untuk menerapkan ‘skill’ baharu dalam membuat sesuatu perkara dan
menyelesaikan suatu masalah. Saya juga menjadi lebih berkeyakinan untuk
melakukan sesuatu perkara dengan berfikir secara kreatif dan keadaan ini
sedikit sebanyak telah melatih diri saya untuk menjadi seorang mahasiswi yang lebih
baik.
No comments:
Post a Comment