Assalammualaikum wbt & selamat sejahtera. Entri saya
pada kali ini adalah percubaan pertama membuat pasu inspirasi dari zaman
Tamadun China yang lepas. Bahan-bahan untuk mebuat pasu adalah:-
Suratkhabar, botol plastik dan air.
Cara-caranya adalah:-
1.
Mula-mula, carikkan suratkhabar dan celupkan di
dalam air.
3.
Lekatkan suratkhabar sehingga menutupi botol
plastik dan sehingga membentuk bentuk yang kita mahukan.
Percubaan pertama membuat pasu ini walaubagaimanpun gagal
kerana salah cara dimana sepatutnya suratkhabar tersebut patut dicarik
kecil-kecil tetapi saya mencarikkan suratkhabar tersebut besar-besar. Selain
itu, saya sepatutnya melekatkan suratkhabar tersebut dengan menggunakan gam
tetapi saya hanya melekatkan suratkhabar tersebut menggunakan air. Dengan
kesalahan cara ini, saya tidak dapat membentuk pasu yang saya inginkan. Saya
akan cuba menggunakan cara yang betul untuk percubaan yang kedua.
No comments:
Post a Comment