REFLEKSI INDIVIDU
( Oleh Siti Aminah Binti Soh
A144593)
Secara umumnya, proses
pembelajaran dan pengajaran dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
meliputi pengenalan ilmu ketamadunan, Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun
India, Tamadun Cina dan isu-isu ketamadunan masa kini. Bagi memahami dan
mempelajari kursus ini dengan lebih mendalam, saya telah membuat photocopy buku
TITAS daripada kawan saya yang telah mengambil kursus ini pada semester yang
lepas bagi kegunaan pembacaan dan pembelajaran saya untuk lebih memahami
tentang tamadun-tamadun yang telah lama wujud di muka bumi ini. Hal ini secara
tidak langsung menyedarkan saya bahawa sesuatu tamadun untuk berkembang bukan
perkara yang mudah dan cepat. Hal ini kerana masyarakat terdahulu dengan sedaya
upaya berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memastikan masyarakat mereka
berkembang dalam pelbagi aspek terutamanya dalam bidang ekonomi kerana bidang
ini dapat membantu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan selesa
seperti yang kita alami dan rasai sekarang ini.
Tugasan pertama yang diberikan oleh pensyarah
kami adalah ‘capture scene’. Kami dikehendaki mengambil satu gambar dan
menghuraikan gambar tersebut dengan mengaitkannya dengan perkembangan tamadun.
Pada awalnya kami sekelas telah salah tafsir tentang tugasan ini menyebabkan
kami terpaksa membuat semula dengan mengambil gambar yang baru dan memikirkan
idea yang baru yang boleh mengaitkannya dengan perkembangan tamadun. Kami
dikehendaki mengambil gambar pada hari dan tarikh yang sama dan masa yang telah
ditetapkan oleh pensyarah kami. Kebetulan pada hari itu saya menyertai sukan
bowling padang di Klang dan saya mendapat idea untuk menggunakan sukan sebagai
tajuk tugasan saya. Saya dan rakan sepasukan telah mengambil gambar sebelum
pulang ke UKM. Oleh itu, saya telah menjadikan gambar itu sebagai bukti bagi
tugasan ini dan dapat menghuraikannya dengan baik.
Tugasan kedua yang kami
terima daripada pensyarah kami adalah tugasan pembentangan mengikut bab dalam buku
TITAS. Kami sekumpulan bersepakat memilih tajuk ekonomi islam. Kami memilih
tajuk ini kerana kami pernah membaca dan membuat peta minda tentang ekonomi
islam daripada buku TITAS semasa Dr. Najah menggantikan Puan Fatin yang tidak
sihat ketika itu. Walaupun kumpulan kami tidak sempat membentangkan tentang
tajuk ini, namun kami telah menyiapkan peta minda itu dan memuatnaikkan tugasan
di iFolio.ukm untuk berkongsi maklumat dengan rakan sekelas yang lain. Ahli
kumpulan yang lain juga telah
memuatnaikkan peta minda masing-masing untuk dikongsikan hasil tugasan yang
dapat memberikan kami ilmu yang baru dan bermanfaat untuk dipelajari bersama.
Tugasan yang terakhir
adalah pembentangan projek. Kami memilih pasu aneka corak sebagai produk kami
yang diinspirasikn daripada Tamadun Cina kerana tamadun ini terkenal dengan
seni lukis, seni kaligrafi, seni muzik dan seni bina. Selain daripada
menghasilkan produk, kami juga dikehendaki membuat poster tentang produk kami
untuk dibentangkan dalam kuliah yang akan datang yang telah ditetapkan oleh
pensyarah kami. Kami juga bersepakat memilih hiasan bunga orkid sebagai simbol
bunga dalam masyarakat Cina. Kami telah membahagikn tugasan ini dengan adil
kepada dua pasukan iaitu satu pasukan akan menghasilkan produk manakala pasukan
yang lain akan membuat poster. Setiap ahli pasukan memberikan kerjasama yang
baik bagi menyiapkan projek ini tepat pada masanya. Walaupun kami berbeza
kursus program iaitu Forensik dan Mikrobiologi dan juga berbeza kolej, kami
mampu melaksanakan tugas masing-masing kerana kami saling bekerjasama dan
mengambil berat antara satu sama lain serta membetulkan kesilapan sekiranya ada
dan saling bertukar-tukar idea dan pendapat bagi menghasilkan produk yang
berkualiti.
Konklusinya, saya berasa
sanagt terharu dan bangga kerana dapat mengambil kursus TITAS ini kerana saya
banyak belajar tentang tamadun-tamadun saya tidak ketahui secara terperinci
selama ini. Saya juga diberi peluang untuk mengenali rakan-rakan daripada
pelbagai kursus program yang mempunyai perwatakan yang senang untuk didampingi.
Melalui projek untuk menghasilkan produk, saya diberi peluang untuk berfikir
secara kreatif, inovatif dan kritis bagi menyelesaikan dan menyiapkan tugasan
yang diberikan tepat pada masanya. Aspek yang paling penting yang saya pelajari
adalah kerjasama dan komitmen yang tinggi amat penting dan memberi manfaat
apabila kita bekerja dalam pasukan atau kumpulan. Saya berharap saya dan
rakan-rakan yang lain dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah kita pelajari
supaya dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan masyarakat dan negara pada
masa hadapan.
No comments:
Post a Comment