Tuesday, 8 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU LAYLA JASMIN BINTI HOOD A142466

Saya akan membincangkan tentang refleksi sepanjang pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang dibimbing oleh pengajar saya Puan Fatin Hazwani @ Hasidah. Di sepanjang pengajian kursus ini saya telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai dari proses pembelajaran saya.
Pada tugasan pertama, pensyarah telah membekalkan segala informasi berhubungkait dengan pembelajaran ini. Saya amat kagum dengan intipati pembelajaran ini kerana saya sedar pengetahuan sejarah tamadun saya amat terhad sebelum memasuki kursus ini malah terdapat banyak maklumat tentang sejarah ketamadunan yang bukan sahaja baru untuk saya tetapi dapat menarik minat saya untuk mendalami pada masa lapang saya. Tanpa pendedahan ini, tak mungkin saya akan tertarik untuk belajar perkara baru tentang ketamadunan dahulu.
Tugasan seterusnya yang diberi oleh pesyarah ialah “capture scene”; kami diarah untuk mengambil gambar sesuatu scenario pilihan tersendiri dan membincangkan tentang scenario tersebut dan untuk kaitkan adegan itu dengan ketamadunan. Tugasan ini agak mencabar untuk saya kerana pada mulanya saya agak janggal kerana kurang memahami apa yang diminta oleh pensyarah. Setelah diberi penjelasan, saya menyedari pensyarah telah memberi pelajar kebebasan dalam mengekspresi diri tentang pemerhatian sekeliling masing-masing dan mencabar kami untuk berfikir secara meluas tentang apa yang dipelajari dikelas dan hubungkaitnya dengan hidup seharian.
Tugasan ketiga yang ialah membuat pembentangan berkumpulan. Topik perbincangan yang telah dipilih oleh kumpulan saya ialah tentang Konsep Ekonomi Islam. Oleh kerana saya merupakan pelajar jurusan Ekonomi, topik perbincangan ini  bukan sesuatu yang baru sepanjang pembelajaran saya. Akan tetapi, ahli kumpulan lain merupakan dari jurusan yang berbeza dari saya, maka saya merasa sangat seronok untuk berkongsi ilmu tentang topik ini dengan mereka yang belum terdedah dengan kekayaan sejarah ekonomi islam.
Tugas terakhir merupakan tugasan pembentangan berkumpulan juga, di mana kami sekali lagi diberi kebebasan untuk memilih topik tamadun yang telah dipelajari sebagai sumber inspirasi dan untuk mereka produk yang perlu dibentang dalam bentuk “pitching”. Tugasan ini merupakan tugasan kegemaran saya kerana bukan sahaja ahli kumpulan dapat tampilkan bakat terpendam masing-masing dalam usaha menjayakan projek ini, malahan saya berasa kagun melihat idea dan “persembahan” yang ditonjolkan semasa “pitching” dalam kelas.
Berdasarkan analisis SWOT saya, kekuatan saya merupakan bercakap di khalayak ramai. Oleh kerana pengalaman saya berdebat sebelum ini, saya dapat memyumbangkan kekuatan ini dalam kertas kerja yang diberi secara berkumpulan. Saya percaya bahawa keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai ini merupakan “added value” yang penting dalam kumpulan kerana tidak ramai pelajar yang mampu untuk melakukannya tanpa sebarang paksaan. Dengan kebolehan ini, saya dapat menyampaikan maklumat yang dibentang oleh ahli kumpulan saya dengan jelas dan menarik.
Weakness saya adalah terlalu inginkan kesempurnaan dalam proses penyiapan kerja sehingga saya takut untuk melakukan sebarang kesilapan. Namun oleh kerana saya mempunyai tenaga pengajar yang sangat “supportive” dan ahli kumpulan yang telah banyak mendorong sepanjang pembelajaran ini, saya dapati saya dapat melakukan tugas dengan lebih lancar dan cepat. Saya telah belajar bahawa saya menggunakan kekurangan saya ini sebagai satu alas an untuk berdalih dalam penyiapan segala urusan saya. Dengan kesedaran ini, saya akan usaha untuk mengatasinya dalam hidup seharian saya.
Peluang yang diberi oleh saya ialah pendedahan dalam ketamadunan mengikut kreativiti sendiri. Puan Fatin telah memberi arahan dalam pelbagai tugasan dengan harapan kami dapat memberi sumbangan maklumat secara meluas dan mengikut skop pemikiran ini. Dengan pendekatan ini, ia telah memaksa pelajar seperti saya untuk berfikir secara meluas dan tidak terlalu mengikuti buku dalam usaha memahami apa yang dipelajari dalam kelas.

Ancaman yang saya hadapi semasa pembelajaran saya ini adalah dari terlalu biasa dengan pembelajaran mengikut rangka kursus dan terlalu memikirkan tentang pemarkahan kertas kerja sehingga saya tidak nampak peluang dan kebebasan yang diberi oleh Puan Fatin untuk saya mendalami kursus ini dengan cara saya tersendiri.

Monday, 7 December 2015

POSTER AKHIR
oleh: FAEZATUL NAQUIAH BINTI MD ZIN





poster yang telah dihasilkan oleh ahli kumpulan kami iaitu, akmaliyah, faeza dan aminah dan poster ini melambangkan kegunaan pasu tersebut serta manfaat dan kelebihan yang ada pada pasu tersebut.
Refleksi Individu
Oleh : Musfirah binti Roslan
A150435

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai permulaan untuk refleksi individu bagi kursus LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk berada dalam kursus ini dan belajar untuk mengenali beberapa jenis tamadun yang pernah bertapak di dunia ini, khususnya tamadun Asia dan tamadun Islam sendiri.
Untuk permulaan kursus ini, kami telah diberi pendedahan tentang tamadun Islam dan tamadun Asia menerusi sesi pembelajaran dan pengajaran. Menerusi pendedahan itu, saya telah mempelajari banyak perkara tentang tamadun. Penubuhan tamadun memerlukan beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Saya juga dapat mengetahui bahawa setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan kelainannya yang tersendiri yang menjadikan sesebuah tamadun itu berjaya.
Tugasan pertama yang saya terima untuk kursus ini adalah tugasan “capture scene” di mana kami diminta oleh pensyarah kami iaitu Puan Hazwani untuk menangkap gambar di sekitar saya pada waktu tertentu lalu mengaitkannya dengan perkembangan tamadun. Pada mulanya arahan yang diberikan agak mengelirukan, namun setelah mengadakan perjumpaan saya lebih memahami tugasan yang perlu disiapkan. Puan Hazwani  juga telah memberikan peluang kedua untuk kami perbaiki kesalahan pada peringkat pertama. Alhamdulillah peringkat kedua, tugasan dapat disiapkan dengan baik. Saya telah menangkap gambar sebuah perlawanan hoki antara kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memandangkan saya bertugas sebagai pembantu perubatan di perlawanan tersebut pada tempoh waktu yang pensyarah telah tetapkan. Saya mengaitkan bagaimana sebuah permainan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dan mewujudkan suasana yang harmoni lantas menunjukkan berlakunya perkembangan tamadun.
Tugasan yang kedua saya terima adalah pembentangan secara berkumpulan tentang perkara berkaitan tamadun. Berdasarkan senarai tajuk yang telah pensyarah sediakan, kumpulan saya telah bersepakat untuk membentangkan tentang Konsep Ekonomi Islam. Melalui proses dalam penyediaan pembentangan, saya dan ahli kumpulan telah berjaya mengkaji dan memahami dengan lebih mendalam tentang Konsep Ekonomi Islam. Kami juga dapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang sejarah matawang Islam dan apa kegunaan matawang pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin.  Saya juga turut tertarik dengan gaya pemerintahan Khalifah Umar RA dalam memimpin dan membentuk sebuah pentadbiran yang efisien. Khalifah Umar merupakan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai daya fikiran yang kreatif dan kritis dalam menjaga kepentingan rakyat.
Tugasan yang ketiga ialah penghasilan produk. Kumpulan kami telah memilih untuk mencipta pasu yang diinspirasikan dari tamadun Cina. Penghasilan produk ini merupakan usahasama kami sekumpulan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol plastik dan surat khabar. Sebagai bahan tambahan kami juga telah menggunakan gam, pita pelekat, kapur, air dan berus. Kami menggunakan teknik carik dan tampal. Untuk mengukuhkan struktur pasu berkenaan, kami telah menggunakan kertas surat khabar lama dan tampal menggunakan gam. Pembuatan pasu amat terkenal pada zaman tamadun Cina dan ia merupakan tinggalan sejarah yang amat berharga, malah mampu mencecah nilai jutaan ringgit untuk setiap penemuan pada masa kini. Pada permukaan pasu tersebut, kami juga telah melukiskan gambar bunga tulip dan tulisan kanji sebagai simbolik bahawa pasu itu menggambarkan dari era tamadun Cina.
Tugasan yang terakhir ialah pitching. Kumpulan kami telah sebulat suara memilih Layla sebagai pembentang kerana potensinya dalam menyampaikan informasi yang padat dan baik. Aktiviti pitching telah berjalan dengan baik sehinggakan tetamu jemputan turut berasa seronok dengan pembentangan dari semua kumpulan yang terlibat. Penjanaan idea dalam merealisasikan produk telah menarik minat para juri untuk mendengar persembahan poster dari setiap kumpulan dan alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan baik. Saya juga telah mendapat banyak informasi baru.
Saya mendapati bahawa kekuatan (Strength) saya terletak pada kerja berkumpulan. Saya amat seronok dan teruja setiap kali berpeluang untuk melakukan kerja secara berkumpulan. Dari situ, saya dapat membentuk keperibadian diri dan meningkatkan soft skill yang perlu ada untuk kepentingan masa hadapan. Pensyarah juga telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk bergerak bersama dalam satu kumpulan yang kecil. Peluang (Opportunity) yang diberikan oleh pensyarah telah kami gunakan sebaik mungkin untuk memilih tajuk yang sesuai dengan keupayaan kami untuk dipersembahkan di hadapan dewan kuliah. Antara, kelemahan (Weakness) yang kami hadapi adalah kekangan waktu untuk melakukan perjumpaan memandangkan sebahagian kami berbeza fakulti dan kolej. Meskipun begitu, kami berjaya mengatasi masalah kami dengan baik, di samping turut menggunakan media sosial seperti aplikasi whatsapp dan facebook sebagai medium interaksi antara kami. Seterusnya, ancaman (Threat) yang saya hadapi sepanjang aktiviti dalam kursus ini ialah pembuatan produk kumpulan kami. Pada mulanya saya runsing untuk menggunakan bahan jenis apa dan bagaimana cara untuk membina sebuah pasu namun setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut dan hasilnya telah pun siap dibina.
Konklusinya, kursus tamadun Islam dan tamadun Asia ini telah banyak memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan dari segi penambahan ilmu pengetahuan, penerapan kerja berkumpulan dan penjanaan idea yang kreatif dan kritis. Akhir kata, semoga kursus ini dapat terus beri manfaat kepada mahasiswa akan datang.

Sunday, 6 December 2015

Proses Pembuatan Pasu Aneka Corak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini kami telah berjaya berfikir dengan kreatif untuk menjayakan penghasilan produk pasu kami ini. Langkah pertama yang kami lakukan ialah dengan mencantumkan 1 botol air mineral dengan sebahagian daripada mulut botol mineral yang lain untuk dijadikan bentuk pasu. Kemudiannya, kami mencarikkan surat khabar lama kepada cebisan-cebisan kecil.

Surat khabar lama dicarik kecil-kecil


Selepas itu,  cebisan-cebisan surat khabar itu dimasukkan ke dalam bekas dan ditambahkan air.





Cebisan-cebisan tersebut digaulkan dengan air dan dicarikkan lagi untuk memudahkan proses pembuatan pasu.
























Seterusnya, cebisan surat khabar basah itu ditampalkan ke botol dengan menggunakan gam sehingga membentuk sebuah pasu.







Selepas pasu itu kering, kapur kasut disapukan berlapis-lapis ke seluruh bahagian pasu sehingga ianya menjadi warna putih. Kapur kasut digunakan kerana ia boleh mengeraskan permukaan pasu tersebut serta menstabilkan pasu. 



Refleksi Kumpulan Budiman (Tahap Pengakhiran)

Refleksi Kumpulan (Tahap Pengakhiran)
Kumpulan Budiman

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) telah menambah pengetahuan kami tentang Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun Cina serta Tamdun India. Apa-apa yang kami perolehi pada hari ini adalah sumbangan daripada nenek-nenek moyang pada zaman yang lalu. Kami akan sentiasa menghayati jasa mereka dan terus mengembangkan ajaran mereka pada masa yang akan datang untuk mencipta tamadun yang lebih gemilang bagi kehidupan seluruh manusia yang lebih baik. TITAS telah membolehkan kami mengingati sumbangan tokoh-tokoh dulu dan pada masa yang sama mengajar kami agar mengelakkan atau tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan.

Dalam proses menjalankan tugasan yang diberi, kami telah mendapati bahawa kerjasama sesama ahli kumpulan dalam suatu kumpulan merupakan kriteria penting bagi  menyempunakan tugasan yang diberi. Apabila tidak dapat memikirkan cadangan yang baik, ahli kumpulan boleh melakukan brainstorming untuk menjana idea yang kreatif. Biarpun kreativiti semua ahli kumpulan  tidak tinggi, kami tetap mampu menghasilkan produk kami dengan bantuan satu sama lain. Kami telah memperbaiki cadangan yang masih mempunyai kekurangan dan akhirnya berjaya menghasilkan idea yang seperti dalam proposal kami. Selain itu, pembahagian kerja juga adalah sangat penting supaya kerja dapat disiapkan secara efisien dan dalam masa yang singkat. Mana-mana ahli tidak akan mampu menyiapkan tugasan berseorangan dengan berkesan tanpa bantuan ahli yang lain. Pembahagian kerja juga boleh mengelakkan kerja tertangguh. Walaubagaimanapun, jika terdapat ahli yang terlupa atau tertangguh kerjanya, kami perlulah sentiasa mengingatkan sesama kami agar menyiapkan kerja masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan supaya kerja keseluruhan kumpulan tidaklah terlambat. Apabila ada apa-apa keraguan, perbincangan sesama ahli kumpulan juga boleh membantu mencari cara penyelesaian.

Secara keseluruhan, pembentangan kuliah adalah lebih berkesan berbanding dengan mendengar kuliah daripada pensyarah semata-mata. Hal ini demikian kerana penbentangan telah menjadikan kuliah tidak terlalu bosan dan pelajar akan lebih sanggup bertanya terhadap pembentang yang juga terdiri daripada pelajar kerana kadang-kadang terdapat pelajar yang ragu-ragu untuk bertanya kepada pensyarah dalam kuliah, justeru pembentangan ini boleh membantu pemahaman pelajar terhadap kandungan kuliah. Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa pembentangan kuliah juga ada kelemahannya. Misalnya, pelajar hanya memahami bab yang dikaji kerana mereka telah  membuat kajian secara lebih mendalam tentang topik pembentangan mereka tetapi kurang memahami bab-bab lain. Hal ini disebabkan cara pembentangan beberapa kumpulan yang tidak memaparkan isi kandungan dalam slide mereka dan hanya membentang secara menghafal isi yang disediakan. Walaupun ini merupakan kehendak pensyarah, kami mungkin tertinggal pembentangan atau terlepas isi-isi penting yang boleh mempengaruhi kefahaman secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi, kami tidak mampu fokus sepanjang masa dalam kuliah tersebut.


Kesimpulannya, kursus TITAS mampu menambah pengetahuan sejarah dan menerapkan nilai-nilai murni tentang penghayatan jasa baik pelbagai tamadun di samping memupuk kerjasama dan kreativiti dalam kalangan mahasiswa.

Refleksi Kumpulan Budiman (Tahap Pertengahan)

Refleksi Kumpulan (Tahap Pertengahan)
Kumpulan Budiman
Bagi tugasan kumpulan yang pertama dan kedua, iaitu tugasan menghasilkan produk yang dikaitkan dengan tamadun dan tugasan pembentangan, masalah yang sama yang dihadapi dalam kedua-dua tugasan ini ialah tidak kira perjumpaan untuk membincangkan pembentangan ataupun untuk membincangkan projek, kami amat susah menentukan suatu masa di mana semua ahli kumpulan boleh hadir kerana ahli kumpulan kami adalah daripada program yang berbeza. Oleh itu, bagi yang tidak dapat hadir ke perjumpaan, kami akan memaklumkan perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa perjumpaan dalam whatsapp group agar setiap ahli mengetahui perkembangan kerja terkini. 

Kami telah mengagihkan kerja menghasilkan pasu aneka corak kepada dua kumpulan kecil supaya masing-masing boleh mencuba cara yang berbeza yang dianggap sesuai dan menjimatkan masa. Kami telah menggunakan bahan terbuang seperti surat khabar dan botol air untuk menghasilkan pasu kami atas sebab menjimat kos dan juga mesra alam. Ketika percubaan pertama menghasilkan pasu, kami mendapati bahawa surat khabar tidak boleh ditampal terus ke botol air dalam bentuk kepingan besar dan tidak boleh menggunakan air untuk menggantikan gum kerana surat khabar tidak dapat melekat dengan ketat dan akan mudah jatuh. Oleh itu, kami telah menggunakan kaedah alternatif iaitu mencarikkan surat khabar kepada kepingan kecil dan menggunakan gum untuk melekat pada botol air. Walaupun kaedah ini mengambil masa yang lebih panjang, kaedah inilah yang paling berkesan dan amat menguji kesabaran. Masalah lain yang kami hadapi ialah kami mendapati agak susah untuk menghasilkan permukaan pasu yang licin kerana surat khabar yang dilekat pada botol adalah berdasarkan bentuk botol tersebut dan permukaan pasu bunga juga tidak rata atas sebab perbezaan ketebalan surat khabar yang dilekat. Kami juga pernah terfikir agar menggantikan botol air plastik dengan botol kaca agar lebih mirip pasu bunga yang benar dan botol kaca juga lebih berat lagi kukuh dan tidak mudah terjatuh. Akan tetapi kami tidak mampu mendapat botol kaca , oleh itu kami mengabaikan idea menggunakan botol kaca dan menumpu pada mengukuhkan pasu kami.

Percubaan kedua mengambil masa yang lebih panjang kerana penampalan carikan  surat khabar satu demi satu ke atas botol sangat mengambil masa dan juga sangat menguji kesabaran. Oleh sebab kami perlu menghadiri kelas daripada waktu pagi sampai waktu petang, waktu malam pula perlu menyiapkan banyak kerja rumah yang diberi oleh pensyarah dan kadang-kadang juga ada kelas ganti pada waktu malam, masa untuk menghasilkan pasu bunga menjadi lagi terhad. Masalah lain yang dihadapi ialah botol yang ditampal surat khabar mengambil masa yang sangat lama untuk kering sepenuhnya kerana kami telah menampalkan banyak lapisan ke atas botol supaya ketebalannya menjadi setara secara keseluruhannya. Tambahan pula, disebabkan botol mempunyai diameter yang berbeza pada setiap bahagian, contohnya bahagian tengah dan atas lebih kecil dan bahagian bawah lebih besar dan sebagainya, ketebalan surat khabar yang perlu ditampal hendaklah dikawal dengan berhati-hati supaya rupa pasu yang dihasilkan tidaklah menjadi tidak seimbang. Kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan kapur kasut sebagai pewarna pasu. Sebelum kami boleh mewarnakan botol yang ditampal surat khabar, kami mestilah memastikan surat khabar telahpun kering sepenuhnya agar kapur kasut boleh melekat atas surat khabar dan warnanya tidak mudah meluntur. Akan tetapi kami mendapati oleh sebab terlalu banyak lapisan surat khabar telah ditampal dan banyak gam yang dibubuh, surat khabar mengambil masa yang lebih panjang daripada jangkaan untuk kering sepenuhnya.

Selepas itu, kami mewarnakan kapur kasut ke atas pasu kami, lapis demi lapis, dan setiap lapisan mestilah dipastikan kering sepenuhnya sebelum lapisan seterusnya disapu atas lapisan yang sebelumnya. Hal ini adalah untuk memastikan pasu betul-betul diwarnai putih. Langkah akhir barulah ialah melukis corak bunga pada pasu kami.

Oleh sebab poster hanya diminta pada akhir kuliah, kami menghadapi kesuntukan masa kerana tempoh ini bertindih dengan tarikh akhir banyak kerja kursus. Perancangan atur cara poster, pemilihan warna dan sebagainya juga mengambil masa yang agak lama dan memerlukan kreativiti daripada ahli kumpulan. Dengan bersyukurnya kami akhirnya mampu menghasilkan poster kami.

Berbanding dengan tugasan menghasilkan pasu aneka corak, tugasan pembentangan tidaklah menghadapi masalah yang terlalu besar. Setiap ahli kumpulan telah terlibat dalam proses mengumpul isi-isi pembentangan dan selepas itu barulah kami menggabungkan isi-isi penting. Oleh sebab masing-masing mempunyai banyak kerja yang perlu disiapkan, kami terpaksa sentiasa mengingatkan satu sama lain dalam whatsapp group apabila terdapat mana-mana ahli kumpulan yang terlepas tarikh akhir untuk menghantar isi yang dikumpulkan kepada ahli yang bertugas untuk menggabungkan isi-isi tersebut. Selain itu, disebabkan pensyarah tiada menentukan tarikh pembentangan yang tetap untuk setiap kumpulan, kami dikehendaki bersiap sedia setiap minggu supaya boleh membentang pada bila-bila masa. Dengan ini, ahli kumpulan kami bergilir-gilir mengingatkan sesama satu sama lain agar menghafal dan membuat persediaan awal sebelum pergi ke kelas. Hal ini secara tidak langsung telah berjaya memupuk amalan baik membuat persediaan awal sebelum pembentangan penting.


Kesimpulannya, masa telah berlalu secara tidak dikesan apabila kami mencurahkan masa untuk menyiapkan tugasan kami. Kursus TITAS telah membolehkan kami mempelajari bukan sahaja ilmu tetapi kemahiran penjanan idea, pengendalian IT dan sebagainya yang tidak dapat dipelajari dalam kursus lain. 

Saturday, 5 December 2015

Refleksi Individu Nur Hazlin Ameiza binti Ameran A151715

Refleksi Individu
Oleh : Nur Hazlin Ameiza binti Ameran
A151715
            Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh kami sebagai pelajar institusi pengajiaan tinggi. Kelas TITAS yang diambil oleh saya telah diketuai oleh pensyarah, Puan Fatin Hazwani @ Hasidah.
            Tugasan pertama yang diberikan adalah dengan memberikan informasi tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang saya tahu sebelum memulakan pembelajaran dalam kelas dalam bentuk slides. Hal ini menyedarkan saya bahawa saya sememangnya tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Walaubagaimanapun, saya mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini dengan pengetahuan sedia ada.
            Tugasan kedua yang diberikan oleh pensyaraha ialah "capture scene" dimana kami perlu menangkap sebuah gambar dan mengenterpretasikan gambar tersebut dengan mengaitkan gambar tersebut dengan tamadun. Pada mulanya, saya agak keliru tentang tugasan ini walaupun telah diberikan penjelasan oleh pensyarah. Namun, setelah ditekankan lagi dengan informasi yang diberikan, saya dapat menangkap apa sebenarnya yang pensyarah inginkan. Saya telah menangkap scene dimana terdapat beberapa kumpulan belajar sedang mengadakan tournament hoki di Stadium Hoki 2, Seremban. Scene ini telah ditangkap ketika saya sedang bertugas sebagai ahli Bulan Sabit Merah Malaysia yang ditugaskan untuk merawat pemain-pemain hoki Universiti Kebangsaan Malaysia yang cedera. Scene sukan ini telah saya kaitkan dengan tamadun pada masa dahulu. Dalam tugasan ini saya dapat menangkap apa sebenarnya yang pensyarah mahu terapkan dalam diri kami. Pensyarah inginkan kami untuk berfikir dan berusaha mendapat informasi dengan mengaitkan scene pada masa sekarang dengan zaman tamadun pada masa dahulu ; apa perbezaan dahulu dengan sekarang?
            Tugasan ketiga adalah perbentangan kumpulan. Tajuk perbentangan yang kami pilih adalah "Konsep Ekonomi Islam". Melalui perbentangan ini, saya sekali lagi dapat menambah pengetahuan tentang ekonomi Islam. Sejujurnya, saya tidak meminati aspek ekonomi kerana saya berfikir bahawa saya adalah pelajar Sains, maka ekonomi adalah tidak penting bagi pelajar Sains seperti saya. Ini adalah tanggapan yang salah sama sekali. Setelah membuat kajian tentang ekonomi Islam, saya mula tertarik dengan usaha dan sumbangan yang diberikan oleh Khalifah Umar R.A. Saya tidak menyangka, ada pemimpin yang dapat memimpin negara mereka dengan baik sekali. Pemimpin menggunakan daya pemikiran yang kritis dan kreatif serta mementingkan keperluan rakyat. Perspektif saya terhadap ekonomi mula berubah sejak membuat kajian tentang pembentangan ini.
            Tugasan keempat ialah menghasilkan produk yang dicetuskan idea oleh tamadun terdahulu. Kumpulan kami memilih untuk menghasilkan pasu dimana tercetusnya idea membuat pasu ini adalah dari zaman tamadun China. Kami menghasilkan produk ini dengan menggunakan bahan kitar semula. Walaupun tidak seberapa cantik dan menyerlah, tetapi ia amat berguna dan kami telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakan produk ini.
            Saya mendapati bahawa kekuatan (Strength) saya terletak pada dimana cara saya menguruskan tugasan yang diberikan. Saya mencuba sedaya upaya untuk memastikan setiap tugasan dilakukan dengan sempurna dan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Saya juga selalu memastikan setiap kerja dijalankan oleh setiap ahli kumpulan dan akan menegur jika ada yang tidak menyiapkan tugasan kumpulan dalam masa yang ditetapkan. Saya juga membantu memberi informasi tentang pengetahuan kepada ahli kumpulan saya yang tidak tahu.
            Kelemahan (Weakness) saya pula saya dapati bahawa saya sering gagal dalam memahami kriteria tugasan yang diberikan. Namun masalah ini dapat diatasi dengan bantuan pensyarah. Selain itu, terdapat kurangnya kerjasama antara ahli kumpulan. Bagi tugasan kumpulan, kami mempunyai batasan masa untuk berjumpa dan berbincang. Kami merupakan pelajar yang berbeza course jadi jadual kami tidak sama. Jadi kami menubuhkan satu kumpulan Whatsapp dimana segala pendapat dan idea telah dibincang di situ. Namun demikian, tidak semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dalam perbincangan tersebut. Walaubagaimanapun, kami mencuba juga untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna dan teliti.
            Peluang (Opportunities) yang saya dapat adalah segala proses penghasilan produk dan gerak kerja yang dilakukan dapat dilampirkan di dalam blog. Ini adalah salah satu peluang yang pensyarah beri dimana kami tidak perlu berjumpa beliau untuk bertanyakan tentang tugasan yang diberikan. Kami hanya perlu mengemaskini blog tersebut dan pensyarah akan membuat penilaian. Inisiatif yang digunakan oleh pensyarah kami dapat mengatasi masalah kami yang berlainan jadual dan tidak perlu mencari masa yang sesuai untuk berjumpa pensyarah.
            Ancaman (Threath) yang saya perhatikan sepanjang tugasan diberikan adalah saya terlalu mementingkan kesempurnaan dalam menjayakan tugasan kumpulan dan tidak memikirkan tentang kesibukan ahli kumpulan yang lain. Saya ingin menyiapkan dalam masa yang singkat tanpa memberi peluang kepada ahli lain untuk menyiapkannya. Namun, ancaman ini dapat diatasi dengan teguran dan dorongan ahli kumpulan ketikan menyiapkan tugasan ini.

            Melalui kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini saya dapat menyimpulkan bahawa kursus ini amat berguna dan juga penting untuk kita pelajari kerana dari tamadun dahulu lah kita boleh maju pada zaman sekarang kerana kebanyakan kesilapan pada zaman terdahulu telah dibaiki dan dibaikpulihkan pada zaman sekarang. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah, Puan Fatin Hazwani @ Hasidah kerana telah memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Pensyarah juga memastikan kami dapat menyiapkan kerja dengan tuntas dan sempurna dengan memberikan guidelines.