Monday, 14 December 2015

Rekleksi individu 2 Nur Hazlin Ameiza

Refleksi Individu
Oleh : Nur Hazlin Ameiza binti Ameran
A151715

Tugasan yang terakhir ialah pembentangan produk dengan cara penyampain "pitching". Puan Fatin telah menjemput 2 orang juri untuk menilai pembentangan masing-masing. Para juri akan ke "booth" kumpulan masing-masing dan wakil setiap kumpulan akan melakukan "pitching" tentang produk mereka.
            Kekuatan (Strength) pada tugasan ini adalah kami dapat memepuk keyakinan dalam membentangkan hasil produk kami dan cara-cara penyediaannya sekali. Terdapat pelbagai produk yang menarik perhatian tidak kira dari segi fungsi, luaran dan juga cara menghias poster masing-masing. Pada pendapat saya, pembentangan secara "pitching" dapat melahirkan pelajar yang yakin terhadap kemampuan diri.

            Kelemahan (Weakness) pada tugasan ini adalah ada satu masa dimana mikrofon tidak berfungsi dengan baik. Bukan sahaja menyusahkan para juri untuk memberi komen, malah menyusahkan para wakil setiap kumpulan untuk melakukan "pitching" memandangkan dewan kuliah yang digunakan adalah besar. Namun, ini semua dapat diatasi dengan kerjasama ahli kumpulan yang lain.
            Peluang (Opportunities) yang dapat digapai dalam tugasan ini adalah semua pelajar dapat mengetahui pengetahuan baru tentang tamadun-tamadun yang menjadi inspirasi dalam penghasilan produk setiap kumpulan. Di samping itu, para pelajar juga mampu menunjukkan bakat dalam penghasilan produk masing-masing.

            Ancaman (Threath) yang saya perhatikan sepanjang tugasan ini adalah seperti yang saya nyatakan di atas iaitu kegagalan fungsi mikrofon. Hal ini perlu dititikberatkan oleh pegawai bertugas kerana ia mengganggu proses pembelajaran kami.

            Kesimpulannya, subjek TITAS banyak mengajar pelajar tentang sejarah tamadun, perkembangan tamadun dan pelbagai perkara berkaitan tamadun yang amat berguna pada masa sekarang.

Refleksi Individu Wan Nur Filzah Binti Wan Ramli A149463

REFLEKSI INDIVIDU
OLEH: WAN NUR FILZAH BINTI WAN RAMLI A149463

            Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata untuk refleksi individu yang kedua  bagi kursus LMCW 2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berpeluang untuk memberi pendapat dan pandangan mengenai pembelajaran dan pembentangan pada minggu ini melalui refleksi ini. Untuk pembentangan yang telah dijalankan ini, ia telah memberi banyak manfaat dan ia telah menjadi satu proses pembelajaran yang sangat menarik .
            Untuk tugasan terakhir kami, kami telah diberi tugasan oleh Puan Fatin Hazwani untuk membuat satu produk yang berinspirasikan dari mana-mana ketamadunan dunia. Seperti yang dinyatakan dalam refleksi saya sebelum ini, kumpulan kami telah bersetuju untuk membuat produk yang berinspirasikan tamadun Cina iaitu pasu aneka corak. Kami memilih produk ini kerana pada zaman ketamadunan Cina, pasu adalah barang perhiasan yang sangat bernilai bagi mereka. Corak bunga seperti orkid dan serta kaligrafi cina telah digunakan untuk melambangkan seni hias yang menarik pada tamadun Cina. Pasu yang terkenal pada ketika itu adalah diperbuat daripada tembikar atau porselin. Namun disebabkan bahan mentah tembikar dan porselin susah untuk didapati, maka kami telah mencari alternatif lain untuk menghasilkan produk pasu aneka corak kami ini. Oleh itu, kami telah mengaplikasikan guna pakai semula barang-barang yang tidak terpakai seperti botol minuman dan surat khabar lama untuk membuat pasu aneka corak ini.
            Produk kami ini juga boleh membuatkan sesebuah keluarga untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga dengan bersama-sama menghasilkan pasu aneka corak ini kerana ianya sangat mudah untuk dibuat. Konsep kitar semula juga boleh diaplikasikan dalam mendidik anak-anak supaya mengguna pakai balik barang-barang lama dan tidak terpakai untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Para ibu boleh menggunakan masa lapang mereka untuk mengajar anak-anak untuk membuat pasu ini dengan menggunakan surat khabar lama dan botol-botol minuman. Secara tak langsung juga pembuatan pasu aneka corak ini boleh menjimatkan kos serta boleh dijadikan perhiasan rumah sama seperti pasu-pasu biasa yang lain.  
            Pada hari pembentangan produk tersebut, setiap kumpulan telah mempamerkan hasil produk buatan mereka yang berinspirasikan daripada pelbagai tamadun. Terdapat pelbagai jenis produk yang menarik yang telah dihasilkan oleh mereka. Antaranya ialah jam dinding, buku origami, tanglung, teleskop, kertas kitar semula dan sebagainya. Di sini menunjukkan setiap kumpulan telah menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menghasilkan produk mereka serta telah berjaya membuat para juri berasa kagum dengan ciptaan produk masing-masing. Setiap ahli kumpulan betul-betul menghayati setiap tamadun yang digunakan untuk menjadikan inspirasi dengan begitu baik sekali sehingga dapat mengaitkan tamadun-tamadun tersebut dengan produk mereka yang kita tidak sangka dapat memberi sumbangan yang besar pada masyarakat akan datang kelak. Sebagai contohnya seperti jam dinding dan buku origami. Disebabkan ahli-ahli dua kumpulan tersebut merupakan majoriti pelajarnya  daripada Fakulti Pendidikan, maka mereka telah menciptakan hasil produk mereka yang dapat membantu untuk pembelajaran pada masa akan datang iaitu digunakan sebagai alat bantu mengajar. Dengan alat bantu mengajar ini mereka dapat menolong kanak-kanak untuk cepat memahami sesuatu pembelajaran itu dengan lebih efektif.
            Namun, semasa pembentangan sedang dijalankan, terdapat sedikit masalah teknikal iaitu mikrofon tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka masalah ini telah menyebabkan beberapa pelajar yang berada jauh dari tempat pembentangan tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh pembentang serta menyebabkan mereka tidak dapat fokus dengan sepenuhnya sepanjang pembentangan berlaku. Masalah teknikal ini juga mengakibatkan hanya sedikit input yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar mengenai inspirasi ketamadunan dengan produk penghasilan pembentang. Oleh itu, tindakan yang boleh diambil oleh para pembentang sebelum bermulanya pembentangan ialah memastikan semua peralatan elektronik berada dalam keadaan yang baik supaya pelajar-pelajar dapat fokus dan mendengar dengan teliti apa yang bakal dibentangkan oleh mereka.  
            Secara kesimpulannya, kursus TITAS ini banyak memberi kebaikan kepada saya dari segi menambah ilmu pengetahuan baru serta mengembangkan daya kreativiti saya untuk menghasilkan produk pasu aneka corak ini. Saya juga menjadi lebih berfikiran terbuka untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain untuk menambah baik sesuatu kerja dan keadaan ini sedikit sebanyak telah melatih diri saya untuk menjadi seorang mahasiswi yang lebih baik.

Thursday, 10 December 2015

Gerak Kerja Terkini

GERAK KERJA KUMPULAN BUDIMAN

Tarikh
Perkembangan
5 Oktober 2015
Penghasilan proposal draf pertama
6 Oktober 2015

Pertemuan antara ahli kumpulan Budiman dengan pensyarah iaitu Puan Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran untuk meminta pandangan dan nasihat berkenaan dengan proposal.

14 Oktober 2015

Melakukan perbincangan: Pada asalnya, kami bercadang menegakkan produk dengan menggunakan kertas manilla. Setelah berbincang dan memilih kata sepakat, kami telah memilih untuk menukar kepada penggunan kertas surat khabar basah dan menghasilkan pandangan yang lebih realistik.

15 Oktober 2015

Penghasilan lakaran produk
20 Oktober 2015

Pencetusan idea mengubahsuai simbol bunga pada produk sebagai simbolik kepada tamadun Cina

24 Oktober 2015

Proses pengumpulan maklumat tentang makna bagi simbol jenis bunga dalam budaya Cina serta jenis bunga yang sering digunakan dalam kesenian tamadun Cina pada zaman dahulu

25 Oktober 2015

Perbincangan tentang pilihan dan pendapat terhadap jenis bunga yang sesuai dijadikan hiasan ke atas produk (Pemilihan bunga Orkid)

10 November 2015

Penghasilan tahap permulaan refleksi kumpulan dan persediaan untuk menghasilkan refleksi tahap pertengahan kumpulan.

20 Novemver 2015
Perjumpaan dan percubaan pertama penghasilan produk.

28 November 2015
Percubaan kedua penghasilan produk.

2 Disember 2015
Mereka bentuk poster produk.

4 Disember 2015
Poster disiapkan..

7 Disember 2015
Poster diecetak.

8 Disember 2015
Perbentangan produk.

Makluman: Tarikh perlaksanaan adalah berlainan dengan tarikh gerak kerja dimuat naik ke blog.

Refleksi Individu Siti Aminah Binti Soh A144593

REFLEKSI INDIVIDU
( Oleh Siti Aminah Binti Soh  A144593)
     Secara umumnya, proses pembelajaran dan pengajaran dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) meliputi pengenalan ilmu ketamadunan, Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun India, Tamadun Cina dan isu-isu ketamadunan masa kini. Bagi memahami dan mempelajari kursus ini dengan lebih mendalam, saya telah membuat photocopy buku TITAS daripada kawan saya yang telah mengambil kursus ini pada semester yang lepas bagi kegunaan pembacaan dan pembelajaran saya untuk lebih memahami tentang tamadun-tamadun yang telah lama wujud di muka bumi ini. Hal ini secara tidak langsung menyedarkan saya bahawa sesuatu tamadun untuk berkembang bukan perkara yang mudah dan cepat. Hal ini kerana masyarakat terdahulu dengan sedaya upaya berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memastikan masyarakat mereka berkembang dalam pelbagi aspek terutamanya dalam bidang ekonomi kerana bidang ini dapat membantu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan selesa seperti yang kita alami dan rasai sekarang ini.
    Tugasan pertama yang diberikan oleh pensyarah kami adalah ‘capture scene’. Kami dikehendaki mengambil satu gambar dan menghuraikan gambar tersebut dengan mengaitkannya dengan perkembangan tamadun. Pada awalnya kami sekelas telah salah tafsir tentang tugasan ini menyebabkan kami terpaksa membuat semula dengan mengambil gambar yang baru dan memikirkan idea yang baru yang boleh mengaitkannya dengan perkembangan tamadun. Kami dikehendaki mengambil gambar pada hari dan tarikh yang sama dan masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah kami. Kebetulan pada hari itu saya menyertai sukan bowling padang di Klang dan saya mendapat idea untuk menggunakan sukan sebagai tajuk tugasan saya. Saya dan rakan sepasukan telah mengambil gambar sebelum pulang ke UKM. Oleh itu, saya telah menjadikan gambar itu sebagai bukti bagi tugasan ini dan dapat menghuraikannya dengan baik.
    Tugasan kedua yang kami terima daripada pensyarah kami adalah tugasan pembentangan mengikut bab dalam buku TITAS. Kami sekumpulan bersepakat memilih tajuk ekonomi islam. Kami memilih tajuk ini kerana kami pernah membaca dan membuat peta minda tentang ekonomi islam daripada buku TITAS semasa Dr. Najah menggantikan Puan Fatin yang tidak sihat ketika itu. Walaupun kumpulan kami tidak sempat membentangkan tentang tajuk ini, namun kami telah menyiapkan peta minda itu dan memuatnaikkan tugasan di iFolio.ukm untuk berkongsi maklumat dengan rakan sekelas yang lain. Ahli kumpulan yang lain juga  telah memuatnaikkan peta minda masing-masing untuk dikongsikan hasil tugasan yang dapat memberikan kami ilmu yang baru dan bermanfaat untuk dipelajari bersama.
    Tugasan yang terakhir adalah pembentangan projek. Kami memilih pasu aneka corak sebagai produk kami yang diinspirasikn daripada Tamadun Cina kerana tamadun ini terkenal dengan seni lukis, seni kaligrafi, seni muzik dan seni bina. Selain daripada menghasilkan produk, kami juga dikehendaki membuat poster tentang produk kami untuk dibentangkan dalam kuliah yang akan datang yang telah ditetapkan oleh pensyarah kami. Kami juga bersepakat memilih hiasan bunga orkid sebagai simbol bunga dalam masyarakat Cina. Kami telah membahagikn tugasan ini dengan adil kepada dua pasukan iaitu satu pasukan akan menghasilkan produk manakala pasukan yang lain akan membuat poster. Setiap ahli pasukan memberikan kerjasama yang baik bagi menyiapkan projek ini tepat pada masanya. Walaupun kami berbeza kursus program iaitu Forensik dan Mikrobiologi dan juga berbeza kolej, kami mampu melaksanakan tugas masing-masing kerana kami saling bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain serta membetulkan kesilapan sekiranya ada dan saling bertukar-tukar idea dan pendapat bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
    Konklusinya, saya berasa sanagt terharu dan bangga kerana dapat mengambil kursus TITAS ini kerana saya banyak belajar tentang tamadun-tamadun saya tidak ketahui secara terperinci selama ini. Saya juga diberi peluang untuk mengenali rakan-rakan daripada pelbagai kursus program yang mempunyai perwatakan yang senang untuk didampingi. Melalui projek untuk menghasilkan produk, saya diberi peluang untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis bagi menyelesaikan dan menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Aspek yang paling penting yang saya pelajari adalah kerjasama dan komitmen yang tinggi amat penting dan memberi manfaat apabila kita bekerja dalam pasukan atau kumpulan. Saya berharap saya dan rakan-rakan yang lain dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah kita pelajari supaya dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Tuesday, 8 December 2015

Hasil Siap Prototaip Pasu Aneka Corak

 Berikut merupakan hasil prototaip siap pasu aneka corak kami. Tulisan Cina di pasu membawa maksud "kebaikan" dan bunga yang kami pilih ialah bungan Orkid, satu lambang kesempurnaan dan keanggunan. Bunga ini juga merupakan lambang kesatuan, kehormatan dan hubungan baik antara satu sama lain dan kami merasa bunga ini merupakan simbol yang sangat sesuai untuk menggambarkan kumpulan kami.

REFLEKSI INDIVIDU LAYLA JASMIN BINTI HOOD A142466

Saya akan membincangkan tentang refleksi sepanjang pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang dibimbing oleh pengajar saya Puan Fatin Hazwani @ Hasidah. Di sepanjang pengajian kursus ini saya telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai dari proses pembelajaran saya.
Pada tugasan pertama, pensyarah telah membekalkan segala informasi berhubungkait dengan pembelajaran ini. Saya amat kagum dengan intipati pembelajaran ini kerana saya sedar pengetahuan sejarah tamadun saya amat terhad sebelum memasuki kursus ini malah terdapat banyak maklumat tentang sejarah ketamadunan yang bukan sahaja baru untuk saya tetapi dapat menarik minat saya untuk mendalami pada masa lapang saya. Tanpa pendedahan ini, tak mungkin saya akan tertarik untuk belajar perkara baru tentang ketamadunan dahulu.
Tugasan seterusnya yang diberi oleh pesyarah ialah “capture scene”; kami diarah untuk mengambil gambar sesuatu scenario pilihan tersendiri dan membincangkan tentang scenario tersebut dan untuk kaitkan adegan itu dengan ketamadunan. Tugasan ini agak mencabar untuk saya kerana pada mulanya saya agak janggal kerana kurang memahami apa yang diminta oleh pensyarah. Setelah diberi penjelasan, saya menyedari pensyarah telah memberi pelajar kebebasan dalam mengekspresi diri tentang pemerhatian sekeliling masing-masing dan mencabar kami untuk berfikir secara meluas tentang apa yang dipelajari dikelas dan hubungkaitnya dengan hidup seharian.
Tugasan ketiga yang ialah membuat pembentangan berkumpulan. Topik perbincangan yang telah dipilih oleh kumpulan saya ialah tentang Konsep Ekonomi Islam. Oleh kerana saya merupakan pelajar jurusan Ekonomi, topik perbincangan ini  bukan sesuatu yang baru sepanjang pembelajaran saya. Akan tetapi, ahli kumpulan lain merupakan dari jurusan yang berbeza dari saya, maka saya merasa sangat seronok untuk berkongsi ilmu tentang topik ini dengan mereka yang belum terdedah dengan kekayaan sejarah ekonomi islam.
Tugas terakhir merupakan tugasan pembentangan berkumpulan juga, di mana kami sekali lagi diberi kebebasan untuk memilih topik tamadun yang telah dipelajari sebagai sumber inspirasi dan untuk mereka produk yang perlu dibentang dalam bentuk “pitching”. Tugasan ini merupakan tugasan kegemaran saya kerana bukan sahaja ahli kumpulan dapat tampilkan bakat terpendam masing-masing dalam usaha menjayakan projek ini, malahan saya berasa kagun melihat idea dan “persembahan” yang ditonjolkan semasa “pitching” dalam kelas.
Berdasarkan analisis SWOT saya, kekuatan saya merupakan bercakap di khalayak ramai. Oleh kerana pengalaman saya berdebat sebelum ini, saya dapat memyumbangkan kekuatan ini dalam kertas kerja yang diberi secara berkumpulan. Saya percaya bahawa keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai ini merupakan “added value” yang penting dalam kumpulan kerana tidak ramai pelajar yang mampu untuk melakukannya tanpa sebarang paksaan. Dengan kebolehan ini, saya dapat menyampaikan maklumat yang dibentang oleh ahli kumpulan saya dengan jelas dan menarik.
Weakness saya adalah terlalu inginkan kesempurnaan dalam proses penyiapan kerja sehingga saya takut untuk melakukan sebarang kesilapan. Namun oleh kerana saya mempunyai tenaga pengajar yang sangat “supportive” dan ahli kumpulan yang telah banyak mendorong sepanjang pembelajaran ini, saya dapati saya dapat melakukan tugas dengan lebih lancar dan cepat. Saya telah belajar bahawa saya menggunakan kekurangan saya ini sebagai satu alas an untuk berdalih dalam penyiapan segala urusan saya. Dengan kesedaran ini, saya akan usaha untuk mengatasinya dalam hidup seharian saya.
Peluang yang diberi oleh saya ialah pendedahan dalam ketamadunan mengikut kreativiti sendiri. Puan Fatin telah memberi arahan dalam pelbagai tugasan dengan harapan kami dapat memberi sumbangan maklumat secara meluas dan mengikut skop pemikiran ini. Dengan pendekatan ini, ia telah memaksa pelajar seperti saya untuk berfikir secara meluas dan tidak terlalu mengikuti buku dalam usaha memahami apa yang dipelajari dalam kelas.

Ancaman yang saya hadapi semasa pembelajaran saya ini adalah dari terlalu biasa dengan pembelajaran mengikut rangka kursus dan terlalu memikirkan tentang pemarkahan kertas kerja sehingga saya tidak nampak peluang dan kebebasan yang diberi oleh Puan Fatin untuk saya mendalami kursus ini dengan cara saya tersendiri.

Monday, 7 December 2015

POSTER AKHIR
oleh: FAEZATUL NAQUIAH BINTI MD ZIN

poster yang telah dihasilkan oleh ahli kumpulan kami iaitu, akmaliyah, faeza dan aminah dan poster ini melambangkan kegunaan pasu tersebut serta manfaat dan kelebihan yang ada pada pasu tersebut.
Refleksi Individu
Oleh : Musfirah binti Roslan
A150435

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai permulaan untuk refleksi individu bagi kursus LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk berada dalam kursus ini dan belajar untuk mengenali beberapa jenis tamadun yang pernah bertapak di dunia ini, khususnya tamadun Asia dan tamadun Islam sendiri.
Untuk permulaan kursus ini, kami telah diberi pendedahan tentang tamadun Islam dan tamadun Asia menerusi sesi pembelajaran dan pengajaran. Menerusi pendedahan itu, saya telah mempelajari banyak perkara tentang tamadun. Penubuhan tamadun memerlukan beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Saya juga dapat mengetahui bahawa setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan kelainannya yang tersendiri yang menjadikan sesebuah tamadun itu berjaya.
Tugasan pertama yang saya terima untuk kursus ini adalah tugasan “capture scene” di mana kami diminta oleh pensyarah kami iaitu Puan Hazwani untuk menangkap gambar di sekitar saya pada waktu tertentu lalu mengaitkannya dengan perkembangan tamadun. Pada mulanya arahan yang diberikan agak mengelirukan, namun setelah mengadakan perjumpaan saya lebih memahami tugasan yang perlu disiapkan. Puan Hazwani  juga telah memberikan peluang kedua untuk kami perbaiki kesalahan pada peringkat pertama. Alhamdulillah peringkat kedua, tugasan dapat disiapkan dengan baik. Saya telah menangkap gambar sebuah perlawanan hoki antara kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memandangkan saya bertugas sebagai pembantu perubatan di perlawanan tersebut pada tempoh waktu yang pensyarah telah tetapkan. Saya mengaitkan bagaimana sebuah permainan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dan mewujudkan suasana yang harmoni lantas menunjukkan berlakunya perkembangan tamadun.
Tugasan yang kedua saya terima adalah pembentangan secara berkumpulan tentang perkara berkaitan tamadun. Berdasarkan senarai tajuk yang telah pensyarah sediakan, kumpulan saya telah bersepakat untuk membentangkan tentang Konsep Ekonomi Islam. Melalui proses dalam penyediaan pembentangan, saya dan ahli kumpulan telah berjaya mengkaji dan memahami dengan lebih mendalam tentang Konsep Ekonomi Islam. Kami juga dapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang sejarah matawang Islam dan apa kegunaan matawang pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin.  Saya juga turut tertarik dengan gaya pemerintahan Khalifah Umar RA dalam memimpin dan membentuk sebuah pentadbiran yang efisien. Khalifah Umar merupakan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai daya fikiran yang kreatif dan kritis dalam menjaga kepentingan rakyat.
Tugasan yang ketiga ialah penghasilan produk. Kumpulan kami telah memilih untuk mencipta pasu yang diinspirasikan dari tamadun Cina. Penghasilan produk ini merupakan usahasama kami sekumpulan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol plastik dan surat khabar. Sebagai bahan tambahan kami juga telah menggunakan gam, pita pelekat, kapur, air dan berus. Kami menggunakan teknik carik dan tampal. Untuk mengukuhkan struktur pasu berkenaan, kami telah menggunakan kertas surat khabar lama dan tampal menggunakan gam. Pembuatan pasu amat terkenal pada zaman tamadun Cina dan ia merupakan tinggalan sejarah yang amat berharga, malah mampu mencecah nilai jutaan ringgit untuk setiap penemuan pada masa kini. Pada permukaan pasu tersebut, kami juga telah melukiskan gambar bunga tulip dan tulisan kanji sebagai simbolik bahawa pasu itu menggambarkan dari era tamadun Cina.
Tugasan yang terakhir ialah pitching. Kumpulan kami telah sebulat suara memilih Layla sebagai pembentang kerana potensinya dalam menyampaikan informasi yang padat dan baik. Aktiviti pitching telah berjalan dengan baik sehinggakan tetamu jemputan turut berasa seronok dengan pembentangan dari semua kumpulan yang terlibat. Penjanaan idea dalam merealisasikan produk telah menarik minat para juri untuk mendengar persembahan poster dari setiap kumpulan dan alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan baik. Saya juga telah mendapat banyak informasi baru.
Saya mendapati bahawa kekuatan (Strength) saya terletak pada kerja berkumpulan. Saya amat seronok dan teruja setiap kali berpeluang untuk melakukan kerja secara berkumpulan. Dari situ, saya dapat membentuk keperibadian diri dan meningkatkan soft skill yang perlu ada untuk kepentingan masa hadapan. Pensyarah juga telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk bergerak bersama dalam satu kumpulan yang kecil. Peluang (Opportunity) yang diberikan oleh pensyarah telah kami gunakan sebaik mungkin untuk memilih tajuk yang sesuai dengan keupayaan kami untuk dipersembahkan di hadapan dewan kuliah. Antara, kelemahan (Weakness) yang kami hadapi adalah kekangan waktu untuk melakukan perjumpaan memandangkan sebahagian kami berbeza fakulti dan kolej. Meskipun begitu, kami berjaya mengatasi masalah kami dengan baik, di samping turut menggunakan media sosial seperti aplikasi whatsapp dan facebook sebagai medium interaksi antara kami. Seterusnya, ancaman (Threat) yang saya hadapi sepanjang aktiviti dalam kursus ini ialah pembuatan produk kumpulan kami. Pada mulanya saya runsing untuk menggunakan bahan jenis apa dan bagaimana cara untuk membina sebuah pasu namun setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut dan hasilnya telah pun siap dibina.
Konklusinya, kursus tamadun Islam dan tamadun Asia ini telah banyak memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan dari segi penambahan ilmu pengetahuan, penerapan kerja berkumpulan dan penjanaan idea yang kreatif dan kritis. Akhir kata, semoga kursus ini dapat terus beri manfaat kepada mahasiswa akan datang.