Friday, 13 November 2015

Proposal Kumpulan Budiman-Pasu Aneka Corak (selepas pengubahsuaian)







Proposal Tugasan 1 Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)

Tajuk Tugasan: 
Penghasilan Reka Bentuk yang Berkaitan dengan Tamadun daripada Bahan Terbuang

Nama Kumpulan: 
Budiman

Ahli Kumpulan:

FAEZATUL NAQUIYAH BINTI MD ZIN           A144597
JEREMY WONG HAU SEUNG                          A150521
LAYLA JASMIN BINTI HOOD                          A142466
MINNY KONG MING HAN                               A150341
MUSFIRAH BINTI ROSLAN                             A150435
NOR AKMALIYAH BINTI MOHD ZAINAL      A144601
NUR HAZLIN AMEIZA BINTI AMERAN         A151715
SITI AMINAH BINTI SOH                                A144593
WAN NUR FILZAH BINTI WAN RAMLI         A149463





1.0  Nama Produk
Pasu Aneka Seni

2.0 Signifikan Pemilihan Produk
Pasu merupakan satu jenis barang perhiasan yang tidak akan ketinggalan zaman sejak   zaman purba lagi. Kita tidak perlu mengkhuatiri produk yang dihasilkan akan disingkirkan oleh zaman. Justeru, produk yang dihasilkan dapat bertahan dalam arus  globalisasi dan modenisasi.

3.0 Pengelasan Produk
Produk Material

4.0 Imspirasi Ketamadunan Cina


Ketinggian bidang kesenian Tamadun China merangkumi seni tembikar yang cukup, seni lukis, kaligrafi, seni muzik dan seni bina.  terkenalSeni tembikar merupakan seni hias paling penting pada zaman Tamadun China. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-25M dan porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar. Pembuatan tembikar tanah liat telah bermula semasa zaman neolitik China. Seni tembikar ini terus popular hingga ke hari ini dengan kecantikan dan kehalusan buatanya.
Barangan tembikar biru putih China wujud seawal abad ke-9 diWilayah HenanChina, walaupun kini hanya serpihan telah dijumpai. Porselin biru putih zaman Tang hanya ditemui pada tahun 1985, lebih jarang daripada tembikar biru putih zaman Song. Serpihan biru putih Tang sebenarnya bukan porselin, Namun, melainkan gerabah dengan slip putih kehijauan, dengan menggunakan pigmen biru kobalt yang mungkin berasal di Timur Tengah Sesetengah serpihan yang ditemui sejak tahun 1985 ini, menampakkan reka hiasan Timur Tengah. Ketiga-tiga keping "biru putih Tang" yang lengkap di dunia itu diselamatkan daripada kapal karam Belitung di Indonesia pada tahun 1998, kemudian dijual ke Singapura
Pada awal abad ke-14, pengeluaran hasil porselin biru putih yang halus dan lutcahaya secara besar-besaran bermula di Jingdezhen yang diberi timangan "pusat porselin China". Perkembangan ini disebabkan oleh gabungan perdagangan Islam dan teknik China. Kobalt biru dianggap sebagai komoditi yang berharga, dengan nilai yang sekitar dua kali nilai emas. Motifnya juga berilhamkan perhiasan Islam. Sebahagian besar tembikar biru putih ini kemudian dihantar ke pasaran Asia Barat Daya melalui peniaga-peniaga Muslim yang bertapak diGuangzhou.
Porselin biru dan putih Cina sekali dibakar: setelah tubuh porselin dikeringkan, dihiasi dengan pigmen biru kobalt halus dicampur dengan air dan disapu dengan berus, dilapisi dengan sepuh yang jernih dan dibakar pada suhu yang tinggi. Mulai abad ke-16, sumber-sumber tempatan biru kobalt mulai dikembangkan, walaupun kobalt Parsi tetap yang paling mahal.  Pengeluaran tembikar biru putih masih diteruskan Jingdezhen hingga kini. Porselin biru putih buatan Jingdezhen dipercayai mencapai kemuncak keunggulan teknikal sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi pada Dinasti Qing (1661-1722).

Barang-barang biru putih China menjadi sangat masyhur di Timur Tengah dari abad ke-14, di mana kedua-dua jenis Cina dan Islam hidup berdampingan.
Pinggan biru-putih Dinasti Ming , abad ke-16 ( Topkapi MuseumIstanbul)
Sejak abad ke-13, reka hiasan Cina, sepertiburung jenjangnaga dan bunga teratai juga mulai muncul dalam pengeluaran seramik di Timur Dekat, terutama di Syria dan Mesir.
Porselin China dari abad ke-14 atau 15 dihantar ke Timur Tengah dan Timur Dekat, terutamanya ke Empayar Uthmaniyyah baik dalam bentuk hadiah atau mahupun harta rampasan perang. Reka hias China sangat berpengaruh di kalangan tukang tembikar di IznikTurki. Reka hias "anggur" zaman Ming terutamanya sangat masyhur dan luas dihasilkan semula semasa Empayar Uthmaniyyah.
Tembikar biru-putih China ditiru di Eropah sejak abad ke-16, dengan teknik biru-putih faience yang disebutalla porcelana. Selepas itu, percubaan pertama untuk meniru bahan porselin biru-putih China dibuat dengan porselin Medici. Hasil-hasil tembikar awal nampaknya mengaduk pengaruh daripada tembikar biru putih Islam dan China sekali.

4.1 Simbol bunga dalam masyarakat Cina
Teratai (lotus)
-dikenali oleh Buddish seluruh dunia
-lambang kedudukan suci agama Buddha
-lambang kesucian jiwa dan minda serta kesempurnaan

Kekwa (chrysanthemum)
-lambang kebijaksanaan, sifat membersihkan jiwa dan lambang kepanjangan hayat
-simbol feng shui Yang, iaitu unsur positif
-menarik tuah di dalam rumah
-simbol panjang umur

Peoni (peony)
-lambang kekayaan, kecantikan, kehormatan dan status sosial yang tinggi
- simbol musim bunga
-sebagai metafor untuk kecantikan wanita dan reproduksi
-lambang keamanan

Poko raja deli (hydrangea)
-menunujukkan cinta, berterima kasih dan memahami

Bunga orkid (orchid)
-simbol kesempurnaan dan elegan
-lambang kesatuan, kehormatan dan hubungan kawan baik

Narsisus (narcissus)
-simbol bakat tersirat
-digunakann untuk menyingkir sifat yang tidak baik

Bunga plum (plum blossom)
-lambang kegigihan dan ketahanan kerana ajaran masyarakat Cina menitikberatkan sifat tidak mudah putus asa

Azalea (azaleas)
-lambang kegembiraan dan kekayaan
-menggalakkan ghairah yang kuat terhadap kehidupan
Masyarakat Cina mempunyai rasa suka yang unik terhadap teratai. Teratai mempunyai nilai kesenian yang sangat tinggi dan sering digunakan sebagai subjek dalam puisi dan lukisan. Bunga ini merupakan unsur yang kerap muncul dalam tarian Cina, serta merupakan corak dan rekaan yang biasa digunakan dalam dekorasi bangunan, ukiran dan peralatan harian. Kesukaan terhadap teratai telahpun menghasilkan satu ‘budaya teratai’ unik yang lama wujud di China.

5.0 Manfaat Produk Kepada Individu
Mencungkil kreativiti dalam menggabungkan pelbagai unsur kesenian dalam satu produk membolehkan kita mempelajari cara menghasilkan produk yang unik secara inovasi dan pada masa yang sama membantu kita menghayati bidang kesenian.



6.0 Manfaat Produk kepada Bangsa
Produk ini mampu menonjolkan seni kaligrafi Cina dan seni lukisan Cina dalam satu produk. Dengan gabungan sebegini, kita dapat mempamerkan kesenian Cina yang terkenal sejak zaman dahulu lagi kepada masyarakat. Hal ini mampu menyedarkan masyarakat muda yang tidak pernah terdedah kepada sejarah kesenian Cina tentang keunikan kesenian Cina. Pada masa yang sama, kita dapat menyemaikan semangat mencintai kesenian dalam kalangan masyarakat serta memupuk lebih banyak pakar kesenian kelak. Dengan itu, kesenian yang diwarisi sejak turun-temruun tidak akan pupus ditelan zaman.

7.0 Hubungan antara Produk dengan Pembangunan dan Peradaban Tamadun
Umum mengetahui bahawa, tamadun Cina terkenal dengan keagungan istana yang megah. Orang pirba Cina menggunakan pelbagai barang perhiasan untuk menghiasi istana, satu daripada barang perhiasan yang digunakan ialah pasu. Pasu pada ketika itu bukan sahaja sebagai medium untuk menyimpan bungan, tetapi juga menunjukkan kelas sesebuah bangunan serta masyarakat. Pasu yang lebih tinggi qualitinya meningkatkan kelas bangunan yang dihiasi serta meningkatkan status kemasyarakatan pemiliknya secara tidak langsung. Walaupun zaman Tamadun Cina sudah berlalu, namun pasu masih dijadikan barang hiasan di merata tempat. Ada juga pasu yang mempunyai latar belakang sejarah disimpan dan dijaga baik di muzium untuk penghayatan khalayak ramai. Pasu boleh dikatakan sesuatu yang biasa dan pada masa yang sama sesuatu yang luar biasa.

8.0 Maklumat Produk dan Lakaran Produk
Produk akan dihasilkan dengan menggunakan bahan yang senang didapati seperti botol plastik air mineral (bahan terpakai), kad Manilla, kertas dengan kaligrafi dan kertas dengan lukisan. Kad Manilla akan dipotong dan dijadikan bahagian atas pasu tersebut. Hal inidemikian kerana bahagian atas pasu bukannya satu pembukaan yang kecil semata-mata, tetapi pembukaan yang lebih besar kepada yang lebih kecil dan besar semula. Bentuknya agar mirip dengan bentuk badan seorang gadis, iaitu terdapat bahagian yang lebih “kurus” pada bahagian tengahnya. Bahagian botol plastik yang selebihnya akan dibalut dengan kad Manilla yang lebih agar permukaannya serata. Selepas itu, kertas yang terdapat kaligrafi dan lukisan kesneian akan ditamparkan pada badan botol tersebut. Dengan itu, terhasillah pasu perhiasan yang ringkas tetapi kaya dengan unsure kesenian tamadun.



9.0 Rujukan
Kaligrafi Cina. (2009).  http://www.chine-culture.com/id/kaligrafi-cina.php (dilayari pada 5
Oktober 2015).

Lukisan China Memiliki Warisan Sejarah Panjang. (17 Julai,2012). Interior Desain Solo.

The Symbolic Meaning of Lotus Flowers in Cinise Culture
www.chinaculture.org/chineseway/2010-07/23/content_386723.html (24 Oktober 2015)
The Meaning of Flowers-The World of Chinese
www.theworldofchinese.com/2014/03/the-meaning-of-flowers/ (24 Oktober 2015)

Nasruddin Yunos, Aminudin Basir, Jamsari Alias, Wan Zulkifli Wan Hassan. 2014.
Tamadun Islam & Tamadun Asia: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan

Malaysia.Selangor Darul Ehsan.

No comments:

Post a Comment