Proposal
Tugasan 1 Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)
Tajuk
Tugasan:
Penghasilan Reka Bentuk yang Berkaitan dengan Tamadun daripada Bahan
Terbuang
Nama Kumpulan:
Budiman
Ahli
Kumpulan:
FAEZATUL NAQUIYAH BINTI MD ZIN A144597
JEREMY WONG HAU SEUNG A150521
LAYLA JASMIN BINTI HOOD A142466
MINNY KONG MING HAN A150341
MUSFIRAH BINTI ROSLAN A150435
NOR AKMALIYAH BINTI MOHD ZAINAL A144601
NUR HAZLIN AMEIZA BINTI AMERAN A151715
SITI AMINAH BINTI SOH A144593
WAN NUR FILZAH BINTI WAN RAMLI A149463
1.0 Nama Produk
Pasu Aneka Seni
2.0
Signifikan Pemilihan Produk
Pasu
merupakan satu jenis barang perhiasan yang tidak akan ketinggalan zaman
sejak zaman purba lagi. Kita tidak
perlu mengkhuatiri produk yang dihasilkan akan disingkirkan oleh zaman.
Justeru, produk yang dihasilkan dapat bertahan dalam arus globalisasi dan modenisasi.
3.0
Pengelasan Produk
Produk Material
4.0
Imspirasi Ketamadunan Cina
Ketinggian
bidang kesenian Tamadun China merangkumi seni tembikar yang cukup, seni lukis,
kaligrafi, seni muzik dan seni bina.
terkenalSeni tembikar merupakan seni hias paling penting pada zaman
Tamadun China. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-25M dan
porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di
Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat
besar. Pembuatan tembikar tanah liat telah bermula semasa zaman neolitik China.
Seni tembikar ini terus popular hingga ke hari ini dengan kecantikan dan
kehalusan buatanya.
Barangan tembikar biru putih China wujud seawal
abad ke-9 diWilayah Henan, China, walaupun
kini hanya serpihan telah dijumpai. Porselin biru putih zaman Tang hanya ditemui pada tahun 1985, lebih jarang
daripada tembikar biru putih zaman Song. Serpihan biru putih Tang sebenarnya bukan
porselin, Namun, melainkan gerabah dengan slip putih kehijauan, dengan
menggunakan pigmen biru kobalt yang mungkin berasal di Timur
Tengah Sesetengah serpihan yang ditemui sejak tahun 1985 ini, menampakkan
reka hiasan Timur Tengah. Ketiga-tiga keping "biru putih Tang"
yang lengkap di dunia itu diselamatkan daripada kapal karam Belitung di Indonesia pada tahun 1998, kemudian dijual ke Singapura
Pada awal abad ke-14,
pengeluaran hasil porselin biru putih yang halus dan lutcahaya secara
besar-besaran bermula di Jingdezhen yang
diberi timangan "pusat porselin China". Perkembangan ini disebabkan
oleh gabungan perdagangan Islam dan teknik
China. Kobalt biru dianggap sebagai komoditi yang berharga, dengan nilai
yang sekitar dua kali nilai emas. Motifnya juga berilhamkan
perhiasan Islam. Sebahagian besar tembikar biru putih ini kemudian
dihantar ke pasaran Asia Barat Daya melalui peniaga-peniaga Muslim yang bertapak diGuangzhou.
Porselin biru dan putih
Cina sekali dibakar: setelah tubuh porselin dikeringkan, dihiasi
dengan pigmen biru kobalt halus dicampur dengan air dan disapu dengan berus,
dilapisi dengan sepuh yang jernih dan dibakar pada suhu yang tinggi. Mulai abad
ke-16, sumber-sumber tempatan biru kobalt mulai dikembangkan, walaupun kobalt
Parsi tetap yang paling mahal. Pengeluaran tembikar biru putih masih
diteruskan Jingdezhen hingga
kini. Porselin biru putih buatan Jingdezhen dipercayai mencapai kemuncak
keunggulan teknikal sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi pada Dinasti Qing (1661-1722).
Barang-barang biru putih
China menjadi sangat masyhur di Timur Tengah dari abad ke-14, di mana kedua-dua
jenis Cina dan Islam hidup berdampingan.
Porselin China dari abad
ke-14 atau 15 dihantar ke Timur Tengah dan Timur Dekat, terutamanya ke Empayar Uthmaniyyah baik
dalam bentuk hadiah atau mahupun harta rampasan perang. Reka hias China sangat
berpengaruh di kalangan tukang tembikar di Iznik, Turki.
Reka hias "anggur" zaman Ming terutamanya sangat masyhur dan luas dihasilkan
semula semasa Empayar Uthmaniyyah.
Tembikar biru-putih China ditiru di Eropah sejak
abad ke-16, dengan teknik biru-putih faience yang disebutalla
porcelana. Selepas itu, percubaan pertama untuk meniru bahan porselin
biru-putih China dibuat dengan porselin
Medici. Hasil-hasil tembikar awal
nampaknya mengaduk pengaruh daripada tembikar biru putih Islam dan China
sekali.
4.1
Simbol bunga dalam masyarakat Cina
Teratai (lotus)
-dikenali oleh Buddish seluruh dunia
-lambang kedudukan suci agama Buddha
-lambang kesucian jiwa dan minda serta kesempurnaan
Kekwa (chrysanthemum)
-lambang kebijaksanaan, sifat membersihkan jiwa dan
lambang kepanjangan hayat
-simbol feng
shui Yang, iaitu unsur positif
-menarik tuah di dalam rumah
-simbol panjang umur
Peoni (peony)
-lambang kekayaan, kecantikan, kehormatan dan status
sosial yang tinggi
- simbol musim bunga
-sebagai metafor untuk kecantikan wanita dan
reproduksi
-lambang keamanan
Poko raja deli (hydrangea)
-menunujukkan cinta, berterima kasih dan memahami
Bunga orkid (orchid)
-simbol kesempurnaan dan elegan
-lambang kesatuan, kehormatan dan hubungan kawan baik
Narsisus (narcissus)
-simbol bakat tersirat
-digunakann untuk menyingkir sifat yang tidak baik
Bunga plum (plum blossom)
-lambang kegigihan dan ketahanan kerana ajaran
masyarakat Cina menitikberatkan sifat tidak mudah putus asa
Azalea (azaleas)
-lambang kegembiraan dan kekayaan
-menggalakkan ghairah yang kuat terhadap kehidupan
Masyarakat Cina mempunyai rasa suka yang unik terhadap
teratai. Teratai mempunyai nilai kesenian yang sangat tinggi dan sering
digunakan sebagai subjek dalam puisi dan lukisan. Bunga ini merupakan unsur
yang kerap muncul dalam tarian Cina, serta merupakan corak dan rekaan yang
biasa digunakan dalam dekorasi bangunan, ukiran dan peralatan harian. Kesukaan
terhadap teratai telahpun menghasilkan satu ‘budaya teratai’ unik yang lama
wujud di China.
5.0
Manfaat Produk Kepada Individu
Mencungkil
kreativiti dalam menggabungkan pelbagai unsur kesenian dalam satu produk
membolehkan kita mempelajari cara menghasilkan produk yang unik secara inovasi
dan pada masa yang sama membantu kita menghayati bidang kesenian.
6.0
Manfaat Produk kepada Bangsa
Produk
ini mampu menonjolkan seni kaligrafi Cina dan seni lukisan Cina dalam satu
produk. Dengan gabungan sebegini, kita dapat mempamerkan kesenian Cina yang
terkenal sejak zaman dahulu lagi kepada masyarakat. Hal ini mampu menyedarkan
masyarakat muda yang tidak pernah terdedah kepada sejarah kesenian Cina tentang
keunikan kesenian Cina. Pada masa yang sama, kita dapat menyemaikan semangat
mencintai kesenian dalam kalangan masyarakat serta memupuk lebih banyak pakar
kesenian kelak. Dengan itu, kesenian yang diwarisi sejak turun-temruun tidak
akan pupus ditelan zaman.
7.0
Hubungan antara Produk dengan Pembangunan dan Peradaban Tamadun
Umum
mengetahui bahawa, tamadun Cina terkenal dengan keagungan istana yang megah.
Orang pirba Cina menggunakan pelbagai barang perhiasan untuk menghiasi istana,
satu daripada barang perhiasan yang digunakan ialah pasu. Pasu pada ketika itu
bukan sahaja sebagai medium untuk menyimpan bungan, tetapi juga menunjukkan
kelas sesebuah bangunan serta masyarakat. Pasu yang lebih tinggi qualitinya
meningkatkan kelas bangunan yang dihiasi serta meningkatkan status
kemasyarakatan pemiliknya secara tidak langsung. Walaupun zaman Tamadun Cina
sudah berlalu, namun pasu masih dijadikan barang hiasan di merata tempat. Ada
juga pasu yang mempunyai latar belakang sejarah disimpan dan dijaga baik di
muzium untuk penghayatan khalayak ramai. Pasu boleh dikatakan sesuatu yang
biasa dan pada masa yang sama sesuatu yang luar biasa.
8.0
Maklumat Produk dan Lakaran Produk
Produk
akan dihasilkan dengan menggunakan bahan yang senang didapati seperti botol
plastik air mineral (bahan terpakai), kad Manilla,
kertas dengan kaligrafi dan kertas dengan lukisan. Kad Manilla akan dipotong dan dijadikan bahagian atas pasu tersebut.
Hal inidemikian kerana bahagian atas pasu bukannya satu pembukaan yang kecil
semata-mata, tetapi pembukaan yang lebih besar kepada yang lebih kecil dan
besar semula. Bentuknya agar mirip dengan bentuk badan seorang gadis, iaitu
terdapat bahagian yang lebih “kurus” pada bahagian tengahnya. Bahagian botol
plastik yang selebihnya akan dibalut dengan kad Manilla yang lebih agar permukaannya serata. Selepas itu, kertas
yang terdapat kaligrafi dan lukisan kesneian akan ditamparkan pada badan botol
tersebut. Dengan itu, terhasillah pasu perhiasan yang ringkas tetapi kaya
dengan unsure kesenian tamadun.
9.0 Rujukan
Kaligrafi Cina. (2009).
http://www.chine-culture.com/id/kaligrafi-cina.php (dilayari pada 5
Oktober 2015).
Lukisan China Memiliki Warisan Sejarah Panjang.
(17 Julai,2012). Interior
Desain Solo.
The Symbolic Meaning of Lotus Flowers in Cinise Culture
www.chinaculture.org/chineseway/2010-07/23/content_386723.html
(24 Oktober 2015)
The Meaning of Flowers-The World of Chinese
www.theworldofchinese.com/2014/03/the-meaning-of-flowers/
(24 Oktober 2015)
Nasruddin Yunos, Aminudin Basir, Jamsari Alias, Wan Zulkifli Wan
Hassan. 2014.
Tamadun Islam & Tamadun Asia: Pusat
Citra Universiti, Universiti Kebangsaan
Malaysia.Selangor Darul Ehsan.